GEORGE TOWN, 18 April 2014 - Hanya 10 peratus daripada 200 perokok yang mengikuti program pemulihan di klinik berhenti merokok di negeri ini berjaya meninggalkan tabiat itu sepenuhnya.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata tiada disiplin, sukar mengawal ketagihan dan kurang kesungguhan antara punca majoriti perokok gagal melepasi tempoh enam bulan minimum yang ditetapkan untuk berhenti merokok.
"Perokok tegar biasanya akan menghadapi beberapa simptom seperti berasa kurang bertenaga dan mudah mengantuk apabila tidak merokok dalam tempoh lama dan ini menyebabkan mereka susah meninggalkan tabiat itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran Tempat Kerja Bebas Asap Rokok di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri di sini Jumaat.
Dr Lailanor berkata tiada istilah terlewat untuk berhenti merokok kerana kebanyakan yang mendapatkan rawatan terdiri daripada individu berumur 40 tahun ke atas.
Beliau berkata ada juga perokok muda berniat berhenti merokok kerana tidak mampu membayar harga rokok yang semakin meningkat tetapi peratusan mereka amat kecil.
Dr Lailanor berkata terdapat 12 klinik berhenti merokok di seluruh negeri dikendalikan pakar perubatan keluarga secara percuma dan perokok biasanya diberi gula-gula nikotin untuk mengawal ketagihan dan sesi kaunseling.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri akan mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri untuk menjadikan bahagian dalam premis di kawasan bandar warisan sebagai zon larangan merokok.
Beliau berkata pihaknya masih berunding dengan pelbagai pertubuhan peniaga, hotel, pengusaha restoran nasi kandar serta pemilik pub untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu. - Bernama
Jumaat, April 18, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Hanya 10 Peratus Berhenti Merokok Selepas Jalani Pemulihan - Dr Lailanor silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "