KHUMBA (kanan) mewarisi kaki berbelang-belang ibunya, seekor kuda belang dan badan seperti bapanya, seekor keldai. – Agensi
REYNOSA, Mexico, 28 April - Seekor anak haiwan spesies baru hasil kacukan keldai dengan kuda belang menjadi tumpuan orang ramai selepas dilahirkan di Zoo Reynosa, utara Mexico baru-baru ini.
Menurut jurucakap Zoo Reynosa di Tamaulipas, anak haiwan kacukan diberi nama Khumba itu dilahirkan pada 21 April lalu.
Katanya lagi, Khumba merupakan haiwan yang paling jarang ditemukan di dunia kerana kebiasaannya kromosom kuda belang dan keldai tidak serasi.
"Ibu Khumba merupakan seekor kuda belang yang bernama Rayas, manakala bapanya seekor keldai albino bernama Ignacio," ujarnya seperti dilaporkan Mail Online.
Menurut beliau, Rayas berkawan baik dengan Ignacio dan sering dilihat berjumpa antara satu sama lain di dalam kawasan zoo setiap petang.
Setakat ini terdapat beberapa ekor sahaja haiwan kacukan seumpama Khumba di dunia ini, antara di Amerika Syarikat, Jepun dan China.
Namun, kebanyakan pakar biologi tetap beranggapan kromosom kuda belang dan keldai tidak serasi.
Sebelum ini seekor haiwan kacukan sama dilahirkan di Itali dan dikenali sebagai Ippo.
Haiwan istimewa tersebut mendapat perhatian apabila dilahirkan di Florence, Itali pada akhir tahun lalu.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "