NEW YORK, 5 Mac 2014 - Seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat yang pulih daripada penyakit kanser hati kini membantu para saintis dalam satu kajian saintifik yang mungkin satu hari nanti menemui penawar untuk penyakit berbahaya itu, lapor portal berita perubatan Medical Daily kelmarin.
Remaja tersebut, Elana Simon, (gambar) 18, disahkan menghidap kanser hati yang jarang berlaku dalam kalangan manusia ketika berusia 12 tahun.
Dia dianggap antara individu yang bertuah kerana berjaya sembuh daripada penyakit berkenaan selepas menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian hatinya.
Penyakit itu tiada penawar menyebabkan pembedahan merupakan satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa si pesakit.
Beberapa tahun selepas bebas daripada penyakit berkenaan, Simon menggunakan kemahirannya dalam bidang sains komputer yang dipelajari di sekolah untuk mengasingkan beribu-ribu data bagi mencari satu pembayang apa yang menyebabkan sel-sel kanser menjadi aktif.
Teknik yang digunakan remaja itu kemudiannya dibuktikan berkesan apabila dia berjaya mengasingkan satu mutasi genetik yang dipercayai menjadi punca kanser hati yang sering menyerang remaja dan orang dewasa yang masih muda.
Simon yang merupakan seorang penari dan akrobat berkata, dia tidak percaya mampu melakukan perkara itu.
Remaja itu kini yang akan belajar di Universiti Harvard di AS dalam bidang sains komputer menyertai satu kumpulan saintis yang turut disertai bapanya, Dr. Sanford Simon iaitu seorang saintis di Universiti Rockefeller.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu pada minggu lalu, mereka berjaya menemui satu keanehan apabila satu bahan genetik yang terputus bersambung dengan gen yang lain.
Keadaan itu menyebabkan satu protein tidak normal yang terbentuk di dalam tisu kanser dan bukannya di dalam tisu hati.
Kumpulan penyelidik itu menyatakan kemungkinan itu yang menyebabkan sel kanser membesar.
Laporan itu juga menyebut mereka menjumpai kesemua keadaan itu dalam sejumlah 15 sel kanser yang mereka uji setakat ini.
Dr. Simon berkata, kajian itu masih di peringkat awal dan lebih banyak kajian diperlu dilakukan. - Agensi
Khamis, Mac 06, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Remaja wanita bantu saintis kaji kanser hati silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "