LONDON, 25 Mac - Satu pameran di Muzium Britain, bakal mendedahkan rahsia mumia yang jarang diketahui sebelum ini antaranya bukti bahawa manusia purba turut berdepan masalah kesihatan seperti kolestrol tinggi dan sakit gigi.
Pameran dinamakan Ancient Lives: New Discoveries itu bakal membongkar rahsia tersembunyi lapan mumia purba Mesir selepas menjalani imbasan tomografi computer (CAT).
Mumia-mumia itu terdiri daripada kerabat diraja sehingga rakyat biasa yang berusia antara 1,300 tahun hingga 5,500 tahun.
Ada di antara mumia itu mati pada usia dua tahun dan ada diantaranya meninggal dunia ketika berumur 50 tahun.
Laman web, Mail Online melaporkan, dua daripada mumia itu didapati menghidap masalah jantung berdasarkan penemuan mendapan kalsium, tisu dan kolesterol pada bahagian kakinya.
Keadaan itu terjadi disebabkan pengambilan makanan tinggi lemak atau faktor keturunan.
Kebanyakan mumia itu turut mengalami kerosakan gigi yang mengakibatkan keradangan pada tekak sehingga boleh membawa maut akibat masalah pernafasan.
Penemuan baharu itu mendedahkan, manusia purba turut mengalami masalah kesihatan seperti sakit jantung yang biasanya dikaitkan dengan gaya hidup masa kini.
Kurator Jabatan Purba Mesir dan Sudan muzium berkenaan, John Taylor berkata, pihaknya mahu menampilkan apa yang dialami oleh mumia tersebut, dan bukan hanya menjadikan mumia itu sebagai bahan pameran.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "