Segamat, 25 Mac - Pelbagai artifak dipercayai berusia ratusan tahun ditemui sekumpulan lima lelaki ketika mencari ikan di Sungai Muar di Kampung Spang Loi, dekat sini.
Artifak berkenaan seperti perahu, serpihan pinggan mangkuk, botol dan terompah kayu, ditemui kira-kira jam 5.30 petang pada 14 Mac lalu, berikutan air sungai yang surut akibat musim kemarau, berdekatan antara satu sama lain.
Perahu berkenaan yang mempunyai ukiran huruf BMC 1184, dipercayai milik pedagang China yang sering menggunakan sungai berkenaan pada awal 1900-an.
Perahu yang diperbuat daripada kayu, dipercayai boleh memuatkan 30 penumpang.
Penduduk, Sulaiman Hussian, 39, berkata perahu itu ditemui terdampar di tepi sungai dalam keadaan terlungkup berikutan air surut kerana musim kemarau.
"Ketika melihat kayu besar di tepi sungai, saya mengambil keputusan membawanya pulang untuk dijadikan pagar kebun. Dengan bantuan rakan, saya menarik kayu itu sebelum terlihat bentuknya seperti perahu dengan di tengahnya kelihatan ukiran huruf BMC 1184.
"Rakan kami yang juga Orang Asli, Ijam, 29, memaklumkan kayu itu jenis batang Penak sebesar tiga pemeluk yang biasanya dibuat perahu jalur menggunakan pasak kayu tanpa paku," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sulaiman berkata, dia bersama rakannya kemudian menyewa jentolak dan lori untuk membawa pulang perahu itu.
Pada malam berikutnya, dia mendakwa bermimpi dikejar dua lelaki berbadan besar berbaju putih dan berseluar hitam.
"Malah, anak saya berusia enam tahun, Mohd Irwan Adwa, mendakwa turut melihat beberapa lelaki di atas perahu itu pada malam perahu itu dibawa ke rumah sehingga menyebabkan dia demam," katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Spang Loi, Jamaludin Atan, berkata perahu itu dipercayai milik pedagang Cina yang menggunakan laluan itu untuk berurus niaga kira-kira pada tahun 1914.
Katanya, pedagang itu membawa pelbagai barangan termasuk getah, kayu gaharu, rotan dan damar untuk melakukan sistem tukar barang di pekan Buloh Kasap.
"Barangan itu ditukar dengan beras, gula, garam dan tepung," katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Daerah Segamat, Abd Rahim Nin, berkata penemuan perahu itu membuktikan sungai di daerah itu menjadi laluan penting pedagang pada zaman dahulu.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "