Kuala Lumpur, 2 Mac 2014 - Rakyat diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah Celcius.
"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh, walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.
Beliau berkata, suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa maut.
Jabatan Meteorologi sebelum ini menyatakan, keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.
Kurang minum air
Dr Noor Hisham berkata, pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas, di samping kurang minum air dan kekurangan air dalam badan antara punca strok haba.
Beliau menyarankan beberapa langkah segera diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
"Pesakit boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan dan menyejukkan badan," katanya.
Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter satu hari. - Bernama
Isnin, Mac 03, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Orang ramai kena waspada strok haba silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "