Anjakan kutub, gejala asap Kutub magnet utara dikatakan beranjak menuju utara atau timur laut. - Foto: Sumber internet
RAMAI rakyat yang tersenyum girang apabila mendengar pendapat pihak tertentu yang menyatakan Malaysia akan mengalami iklim Mediterranean bermula tahun hadapan.
Pendapat tersebut berpunca daripada hawa dingin Siberia dan China yang singgah di Malaysia pada penghujung tahun lepas dan sepanjang Januari tahun ini. Sepanjang tempoh tersebut cuaca seluruh negara kita memang didapati amat nyaman.
Terdapat pihak percaya perubahan suhu yang agak luar biasa melanda negara hemisfera utara dan negara Khatulistiwa termasuk Malaysia berpunca daripada perubahan kedudukan kutub bumi.
Kutub magnet utara (north magnetic pole) dikatakan beranjak menuju utara atau timur laut dengan bergerak dari kedudukan ia mula dikesan di Semenanjung Boothia, Kanada pada 1831 menyeberangi Artik.
Sepanjang tempoh 150 tahun dari tarikh pengesanan kutub tersebut, kadar anjakan kutub dikatakan hanya 15 kilometer setiap tahun. Namun sejak tahun 90an kadar anjakannya semakin pantas iaitu purata 55 kilometer setiap tahun. Tempat yang dituju ialah Siberia.
Teori saintis
Sebuah artikel berbahasa Melayu cuba mengaitkan anjakan kutub dengan kehadiran sebuah komet panjang yang berada dekat dengan bumi baru-baru ini. Jarak komet yang dikenali sebagai ISON yang dikesan oleh saintis Rusia pada November 2012 dikatakan paling hampir dengan bumi pada Disember 2012.
Penulis artikel itu menyebut sebuah hadis (tidak dinyatakan siapa yang merekodkannya, dipercayai hadis tidak bersumber - palsu) yang konon Nabi Muhammad SAW mengaitkan kehadiran sebuah tahi bintang dengan huru-hara dan kedatangan Imam Mahadi.
Terdapat beberapa teori lain yang menyebabkan kutub beranjak yang diketengahkan oleh saintis. Antara yang utama ialah Adam Maloof, penyelidik Universiti Princeton yang percaya anjakan kutub berpunca daripada anjakan mantel (mantel) berbanding teras bumi.
Sebuah teori lain yang tidak kurang hebat bunyinya menyatakan anjakan kutub berpunca daripada perubahan yang berlaku pada teras bumi - sebahagian teras yang kurang padu dipercayai bergerak dalam bentuk silinder ke arah permukaan bumi di bawah permukaan Artik.
Bagaimanapun, kedua-duanya hanyalah teori dan masih mengundang perbahasan dan pandangan. Begitu juga dengan teori yang cuba mengaitkan kehadiran komet ISON yang berkedudukan hampir dengan bumi baru-baru ini.
Menyentuh perkara sama ada anjakan kutub akan berlaku secara berterusan menuju arah yang sama tidak dapat dipastikan oleh mana-mana saintis pun. Terdapat pendapat yang menyatakan jika keadaan anjakan kutub seperti berlaku sekarang berlaku secara berterusan pada arah yang sama akan menyebabkan bumi beralih kutub seperti yang berlaku 800 ribu tahun dahulu.
Apa yang akan berlaku? Kutub utara bumi berada di sebelah selatan dan negara Khatulistiwa akan mengalami musim dingin yang ketara termasuk musim salji yang panjang. Jika ia benar-benar berlaku, sebahagian besar ais Antartika akan cair.
Ahli arkeologi dan pengejar barangan purba mungkin akan berlumba-lumba menggali bandar Atlantis yang dipercayai oleh sesetengah pihak berkemungkinan besar berada di bawah berpuluh kilometer timbunan air di Antartika!
Terdapat pendapat lain yang menyatakan kadar anjakan mungkin akan perlahan semula dan anjakan berubah arah. Perubahan arah anjakan hanya akan menyebabkan kedudukan kutub utara sentiasa berada pada kawasan berkedudukan hampir dengan Artik sahaja.
Terdapat pelbagai artikel tulisan saintis atau bukan saintis (namun faham ilmu yang mereka bincangkan) sekitar tajuk anjakan kutub. Seperti biasa penulis sendiri membaca pelbagai artikel bertujuan meluaskan perspektif atau sudut pandang dalam sesuatu perkara.
Sebuah artikel tulisan saintis NASA berjudul 2012: Magnetic Pole Reversal Happens All The (Geologic) Time mungkin dapat membantu membuka dan menjana minda anda.
Rupa-rupanya musim dingin hanya singgah di Malaysia untuk waktu yang singkat. Pada awal Februari suhu didapati meningkat secara mendadak.
Pada tempoh yang sama hujan turun sangat sedikit. Yang paling malang langit pula dipenuhi dengan asap.
Rupa-rupanya sepanjang tempoh kita di Malaysia mengalami cuaca agak dingin, Sumatera telah mengalami kebakaran di merata tempat.
Kimia merengsa
Jabatan Meteorologi menyatakan Malaysia mengalami musim kering bukan musim kemarau. Ia dijangka melanda di negara ini hingga penghujung Mac ini. Sejak musim kering bermula beratus-ratus titik panas dikesan di Selangor dan Johor. Aktiviti manusia dikatakan punca utama kebakaran yang berlaku sekarang ini.
Suatu perkara yang jarang diketahui ramai terutama orang bandar ialah sesetengah kebakaran hutan atau semak samun bukan berpunca daripada aktiviti manusia.
Ketika cuaca panas, pokok dengan pokok bergeser pun sebenarnya boleh menimbulkan punca kebakaran. Bukanlah nyalaan api boleh dilakukan dengan menggesek ranting berkedudukan vertikal dengan pantas pada rumput atau daun kering?
Asap berpunca daripada tumbuh-tumbuhan terbakar sebenarnya berbahaya kepada kehidupan manusia dan haiwan terutama jika ia berlaku selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan.
Asap tumbuh-tumbuhan terbakar boleh merengsa organ tertentu seperti kerongkong, paru-paru dan mata. Oleh sebab fisiologi setiap orang adalah unik, hanya sebahagian orang yang mudah mengalami simptom-simptom seperti demam dan batuk.
Apakah kandungan bahan kimia yang terdapat dalam asap tumbuh-tumbuhan terbakar? Pembakaran tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada selulos dan pelbagai bahan kimia akan menghasilkan pelbagai jenis gas.
Kandungan utama asap pembakaran tumbuh-tumbuhan ialah gas yang tidak terbakar. Jadi, asap pembakaran tumbuh-tumbuhan mengandungi gabungan bahan kimia yang rencam termasuk karbon dioksida, wap air, karbon monoksida serta sekurang-kurangnya beratus-ratus jenis hidrokarbon.
Secara lebih mendalam sebatian hidrokarbon yang dimaksudkan terdiri daripada methana, nitrogen oksida, sebatian organik meruap (rantai karbon dengan bilangan karbon 2- 7), pelbagai jenis aldehyde, benzene, alkyl benzene, furan, pelbagai jenis polycyclic aromatic hydrocarbon, pelbagai napthalene, sulfur dioksida, methylene klorida dan monoaromatik teroksigenasi (fenol, guiacol, catechol, sringol serta derivatif masing-masing).
Sebahagian besar sebatian kimia tersebut bersifat reaktif yang bermaksud ia boleh mengoksida sel manusia. Sebahagian besar Komponen bahan kimia asap tumbuh-tumbuhan terbakar hampir serupa dengan yang terdapat dalam asap rokok!
Kaedah untuk melindungi diri daripada asap yang melanda sekarang ialah dengan mengurangkan aktiviti luar rumah, pakai topeng muka ketika berada di luar rumah, minum air mineral secukupnya terutama pada hari cuaca panas dan makan makanan tinggi nilai antioksidan.
Redakan batuk (jika gatal di kerongkong) dengan mengalami minyak hati ikan kod. Redakan demam selesema dan infeksi paru-paru dengan neem, minyak hati ikan kod, vitamin C dos tinggi dan suplemen zink.
* Oleh Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G), Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu., Sinar Harian, 12 Mac 2014
Isnin, Mac 17, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Anjakan kutub, gejala asap silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "