Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 12:32 PM

18Selasa,Februari

UTM temui kaedah tingkat kebolehan minda

Dari kiri: Hamdan, Sheikh dan Eko menunjukkan Teknologi Minda Pintar yang telah berada di pasaran
 
SKUDAI, 18 Februari 2014 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, menemui kaedah pembelajaran terkini yang mampu meningkatkan kebolehan semula jadi minda, sekali gus memudahkan penyerapan tumpuan supaya lebih fokus terhadap pembelajaran.
 
Ciptaan yang dinamakan Teknologi Minda Pintar itu diaplikasikan dengan melentur gelombang otak serta menggabungkan minda sedar dan separa sedar dengan menggunakan bunyian serta teknik pelenturan gelombang otak.
 
Penyelidikan diketuai oleh Profesor Dr Ing Eko Suprianto dari Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan itu mampu meletakkan minda pelajar dalam keadaan tenang dan meningkatkan daya penerimaan informasi.
 
Teknik pelenturan gelombang otak bagi meningkatkan kebolehan pelajar ini adalah hasil kajian selama lapan tahun menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat teknologi minda, Mind Development Centre (Mindec) Research Sdn Bhd dan turut sesuai digunakan kepada orang kurang upaya.
 
Menurut Eko, kaedah itu secara tidak langsung membuatkan minda pelajar dapat berfungsi seperti span dalam menyerap maklumat baru dari bahan bacaan.
 
"Ciptaan alat ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur bermula dari enam tahun dan ke atas. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja namun digalakkan penggunaannya selama dua jam semasa sesi pembelajaran.
 
"Ia menggabungkan unsur sains kognitif, neurologi dan psikologi dan disusun secara pakej dalam satu bentuk inovasi audio supaya boleh digunakan secara mudah," katanya semasa sidang media memperkenalkan teknologi itu di Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, di sini, semalam.
 
Hadir sama Pengasas Mindec Research Sdn Bhd, Sheikh Mohamad dan Ketua Pegawai Perniagaan Mindec Research Sdn Bhd, Hamdan Ismail.
 
Beliau berkata, teknologi ini memuatkan dua set audio yang dinamakan alfa dan theta dan kedua-duanya menampilkan bunyian dari alam sekitar.
 
"Ia mempunyai peranan yang berbeza dab tersendiri dalam membentuk aktiviti otak serta mencetuskan keadaan minda yang ideal untuk belajar.
 
"Walaupun teknologi bunyian untuk melentur gelombang otak seperti ini dipelopori di negara Barat, ciptaan ini berkemampuan meningkatkan kapasiti minda kedua, ketiga, empat atau lima kali ganda serta bergantung pada seseorang individu itu.
 
"Selain itu, teknologi ini memberi faedah yang holistik di dalam konteks perkembangan mental, emosional dan spiritual, " katanya.
 
Dalam pada itu, Sheikh berkata, teknologi ini telah mula dipasarkan baru-baru ini secara komersial menerusi syarikatnya dengan harga RM485.90 setiap unit. – Sinar Harian
 
Unknown , Selasa, Februari 18, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog