2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 7:33 PM

5Rabu,Februari

Satelit keenam dilancar Mei

MEASAT-3b mampu tingkat keupayaan sistem telekomunikasi
 
Cyberjaya, 5 Feb. 2014 - Measat Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT) akan melancarkan satelit keenamnya, MEASAT-3b pada pertengahan Mei ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pelancaran itu mampu meningkatkan keupayaan sistem telekomunikasi dan jalur lebar di negara ini terutama di luar bandar.
 
"Jumlah keseluruhan kos membina satelit ini membabitkan RM1.25 bilion dan akan dilancarkan dari pangkalan angkasa Eropah di Kourou, French Guinea.
 
"Apabila ia mula beroperasi kelak, satelit berkenaan akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan penyampaian dan perkhidmatan data serta penyiaran.
 
"Kemudahan ini akan disalurkan menerusi empat negara iaitu Malaysia, India, Indonesia dan Australia," katanya pada sidang media selepas lawatan ke Bilik Kawalan dan Operasi MEASAT, di sini, semalam. Turut hadir, Pengarah MEASAT, Tun Dr Hanif Omar.
 
Pada majlis sama, beliau turut melancarkan buku Communications Satellite Fundamentals From Design To Launch and Operation yang ditulis oleh Naib Presiden Kanan Pembangunan Sistem Angkasa, Dr Ali R Ebadi, mengenai satelit yang pernah dilancarkan sejak 1996.
 
Tingkat kadar jalur lebar
Ahmad Shabery berkata, pelancaran satelit itu dijangka dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar yang kini berada pada tahap 67 peratus di negara ini, kepada 77 atau 87 peratus.
 
Sementara itu, Hanif berkata, MEASAT dijangka turut melancarkan satelit ketujuh miliknya, MEASAT-3c pada hujung tahun depan.
 
"Lebih banyak satelit perlu dilancarkan berikutan keperluan masyarakat masa kini terhadap kepesatan teknologi," katanya.
 
INFO: MEASAT-3b:
  • Direka untuk mempunyai jisim pelancaran 5.8 tan.
  • Kuasa elektrik 16 kilowatt (kW).
  • Dirancang beroperasi lebih 15 tahun.
  • Dilancarkan menggunakan roket Ariane 5 (kapal angkasa jenis Astrium Eurostar E3000).
  • Lokasi orbit 91.5 darjah Barat.
  • Mula dibina pada Jun 2011.
Unknown , Rabu, Februari 05, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog