/

Ramai CEO yakin 2014 bawa hasil lebih baik

Kuala Lumpur, 2 Februari 2014 - Jumlah ketua pegawai eksekutif (CEO) di seluruh dunia yang yakin ekonomi global akan bertambah baik dalam tempoh 12 bulan akan datang, meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.
 
Menurut Kajian ke-17 CEO Global Tahunan PricewaterhouseCoopers (PwC), 39 peratus daripada mereka berkata 'sangat yakin' hasil syarikat mereka akan meningkat pada 2014.
 
Hasil kajian itu menunjukkan jumlah CEO menjangka ekonomi global bertambah baik dalam 12 bulan akan datang, melonjak kepada 44 peratus, berbanding 18 peratus tahun lalu manakala hanya tujuh peratus menjangka ekonomi global merosot, berbanding 28 peratus pada 2013.
CEO di Eropah Barat paling yakin terhadap prospek ekonomi global jangka pendek (50 peratus).
 
"Mereka diikuti CEO di Timur Tengah (49 peratus), Asia Pasifik (45 peratus), Amerika Latin (41 peratus), Amerika Utara (41 peratus) dan Afrika (40 peratus), manakala CEO di Eropah Tengah dan Timur menunjukkan tahap keyakinan paling rendah iaitu 26 peratus," menurut PwC dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
 
Berdasarkan industri, CEO dalam sektor hospitaliti dan riadah paling yakin terhadap prospek ekonomi untuk 12 bulan akan datang (46 peratus), diikuti perbankan dan pasaran modal (45 peratus), peruncitan (44 peratus), perkhidmatan kewangan (44 peratus), pengurusan aset (44 peratus), komunikasi (44 peratus), dan kejuruteraan serta pembinaan (41 peratus), manakala industri logam paling tidak yakin, iaitu 19 peratus.
 
Dari segi pertumbuhan hasil, 39 peratus CEO berkata mereka 'sangat yakin' terhadap prospek pertumbuhan hasil syarikat mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang.
 
Ia meningkat berbanding 36 peratus tahun lalu manakala keyakinan paling rendah ialah 21 peratus pada 2009.
 
Mengulas hasil kajian itu, Pengerusi PwC International, Dennis M Nally berkata, keyakinan CEO mula pulih berikutan kejayaan mereka memacu syarikat mengharungi kelembapan dan kini lebih ramai CEO positif kebolehan meningkatkan hasil dan prospek untuk ekonomi global.
 
"Namun, CEO ini juga sedar cabaran untuk menjana pertumbuhan mampan dalam ekonomi pasca krisis, terutama ketika mereka berdepan dengan pertumbuhan lembap di negara membangun.
 
"Untuk masa depan, CEO berkata mereka menjangkakan tiga trend global utama, iaitu kemajuan pesat teknologi, perubahan demografi dan perubahan kuasa ekonomi, akan memberi kesan besar ke atas masa depan perniagaan mereka," katanya.
 
CEO juga lebih positif mengenai rancangan mengambil pekerja tahun depan kerana sebahagian daripada mereka menjangkakan menambah pekerja dalam tempoh 12 bulan akan datang, berbanding 45 peratus tahun lalu. - Bernama
Unknown , Selasa, Februari 04, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog