Isnin : 28 April 2025   
@ 1 Dzulka'edah 1446H / 1:38 AM

24Isnin,Februari

Misi India ke Marikh buktikan kos bukan penghalang

Satelit Mangalyaan atau Polar Satellite Launch Vehicle-C25 (PSLV-C25) berjaya dilancarkan pada 5 November lalu dari tapak pelancaran Pusat Angkasa Satish Dhawan di Andhra Pradesh. – Agensi
 
KEJAYAAN India melancarkan misi mengorbit satelit di planet Marikh yang terletak kira-kira 225 juta kilometer dari bumi membuktikan kos bukan penghalang bagi meneroka angkasa lepas.
 
Pertubuhan Kajian Angkasa India (ISRO) hanya menggunakan kos yang paling rendah di dunia berbanding agensi-agensi angkasa lepas terkemuka seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) untuk meneroka bidang angkasa.
 
Walaupun memiliki kepakaran dan sumber yang terhad, India membuktikan kepada seluruh dunia bahawa isu kos bukan penghalang untuk mengkaji planet Marikh yang sebelum ini dimonopoli oleh NASA yang melibatkan kos serta teknologi tinggi.
 
Di India, sektor kajian angkasa hanya memperuntukkan sebanyak 0.34 peratus daripada perbelanjaan tahunan negara itu atau kira-kira AS$1 bilion (RM3.29 bilion) atau 5.5 peratus daripada belanjawan untuk NASA.
 
Dengan hanya membelanjakan sebanyak AS$75 juta (RM247 juta), sebuah satelit yang diberi nama Mangalyaan atau Polar Satellite Launch Vehicle-C25 (PSLV-C25) berjaya berlepas pada 5 November lalu dari tapak pelancaran Pusat Angkasa Satish Dhawan di Andhra Pradesh.
 
Angka tersebut jauh lebih rendah berbanding kos projek Marikh yang diusahakan oleh NASA yang menelan belanja sebanyak AS$671 juta (RM2.2 bilion) untuk menghantar satelit Maven bagi mengkaji sama ada iklim di planet Merah itu sesuai untuk kehidupan manusia.
 
Malah kos misi ke Marikh oleh India juga lebih rendah berbanding perbelanjaan syarikat perfileman Hollywood untuk menghasilkan sebuah filem tentang penerokaan angkasa lepas, Gravity yang berjumlah AS$100 juta (RM329 juta) pada tahun lalu.
 
Lebih mengagumkan, pembinaan satelit Mangalyaan hanya memakan masa yang pendek selama 18 bulan berbanding enam tahun atau lebih oleh negara-negara lain termasuk pembinaan Maven yang memakan masa selama lima tahun.
 
Meskipun dianggap menjalankan misi 'ringan' dengan membawa lima peralatan untuk mengkaji kandungan gas metana di Marikh berbanding misi Maven yang membawa lapan peralatan berat, tetapi kejayaan India melancarkan misi ke Marikh dengan kos yang rendah membuktikan kos bukan penghalang besar untuk menempa nama dalam penerokaan angkasa lepas, lebih-lebih lagi dengan status sebagai negara membangun.
 
Pada masa ini hanya negara-negara maju seperti Rusia, AS, Britain, Eropah, Jepun dan China yang terlibat dalam misi ke Marikh dan daripada 40 misi yang dilancarkan setakat ini, kurang daripada separuh sahaja yang berjaya melepasi peringkat pelancaran.
 
Kejayaan India melancarkan misi ke Marikh hanya dengan sekali percubaan, merupakan satu kejayaan hebat dan setanding dengan kejayaan negara Rusia, AS dan Eropah yang setakat ini berjaya tiba di Marikh.
 
Satu lagi perkara yang dibuktikan oleh India adalah penglibatan wanita pertama negara itu dalam bidang kejuruteraan untuk membantu membangunkan misi ke Marikh.
 
Selama dua tahun, Minal Sampath mengerah kudrat sebagai jurutera sistem, sekurang-kurangnya 18 jam sehari bagi menjayakan misi tersebut bagi mengharumkan nama negaranya di mata dunia.
 
Bagi Sampath, satu-satunya saintis wanita daripada 500 saintis yang terlibat dalam projek Marikh, kejayaan India menghantar satelit ke Marikh merupakan detik-detik bersejarah buat dirinya untuk berbakti pada negara.
 
Pengalamannya bekerja di NASA sebelum ini dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membina tiga peralatan utama satelit terbabit bagi menjalankan eksperimen penting apabila tiba di Marikh.
 
Malah beliau tidak pernah rasa dilayan dengan cara yang berbeza hanya disebabkan statusnya sebagai seorang wanita apabila bekerja di sebuah organisasi hebat seperti NASA.
 
Baginya, golongan wanita mampu melakukan perkara yang hebat dan setanding dengan kaum lelaki.
 
Kini, perjalanan Mangalyaan telah melebihi 100 hari dan dijangka tiba di orbit Marikh pada 24 September 2014, tarikh yang sama satelit Maven milik NASA tiba di planet tersebut.
 
Tidak dinafikan, sebagai sebuah negara membangun yang dihimpit masalah ekonomi, India juga bernafsu besar dalam memajukan bidang penerokaan angkasa apabila mensasarkan untuk melancarkan lebih banyak program angkasa pada masa depan, termasuk misi menghantar angkasawan ke bulan menjelang 2025.
 

* Oleh MOHD HASRIQ AMIRUDDIN, Utusan Online, 24 Feb. 2014
Marjaki Rawo , Isnin, Februari 24, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog