Georgetown, 13 Feb. 2014 - Rakyat Malaysia kini muncul sebagai pemakan ikan kelima tertinggi di dunia, selain tertinggi di Asia Tenggara.
Selain Malaysia, Iceland, Portugal, Jepun dan Hong Kong turut disenarai lima tertinggi di dunia.
Pengarah Penyelidikan Kesihatan Ikan dan Keselamatan Makanan Jabatan Perikanan Malaysia, Ismail Ishak, berkata ia berdasarkan hasil kajian terkini Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang menunjukkan rakyat negara ini makan 54 kilogram ikan per kapita setahun.
Dijangka terus meningkat
Katanya, jumlah berkenaan dijangka terus meningkat sehingga 55 kilogram menjelang 2020 berbanding hanya 20 kilogram yang dicatatkan pada 1970-an.
"Rakyat kita memang suka makan makanan laut. Secara tidak langsung, faktor ini juga menyumbang kepada perkembangan industri perikanan negara.
"Rakyat Iceland makan ikan sehingga 90 kilogram per kapita setahun dan kita menjadi negara kelima paling banyak makan ikan di dunia selepas negara itu," katanya selepas Majlis Perasmian Persidangan Biodiversiti Ikan Asia Tenggara, di sini, semalam.
Turut hadir, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Omar Osman; Timbalan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Profesor Dr Zohrah Sulaiman dan Pengerusi Persidangan Biodiversiti Ikan Asia Tenggara, Profesor Dr Siti Azizah Mohd Nor.
Persidangan julung kali diadakan di Malaysia itu turut membabitkan lebih 160 pakar dan penyelidik ikan dari 25 negara.
Pangkalan data
Sementara itu, Omar berkata, USM berharap persidangan itu menjadi platform bagi mewujudkan pangkalan data penyelidikan untuk dijadikan bahan rujukan kepada pelajar dan pengkaji sistem biodiversiti.
Katanya, pangkalan data penyelidikan berkenaan boleh diwujudkan dengan kerjasama universiti lain dan agensi berkaitan.
"Kita tidak mahu hasil daripada persidangan ini lenyap begitu saja. Kita akan manfaatkannya dengan mewujudkan sistem pangkalan data yang boleh membantu pelajar dan penyelidik," katanya. - BH
Khamis, Februari 13, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kita kuat makan ikan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "