KUALA TERENGGANU, 23 Februari 2014 - Kemunculan pelbagai jenis gajet dengan aplikasi permainan alam maya yang kini menjadi kegilaan kanak-kanak, telah menenggelamkan beberapa jenis permainan tradisional yang popular suatu ketika dahulu.
Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Terengganu, Zahari Mat berkata, situasi agak membimbangkan itu meninggalkan banyak kesan terutama dari segi keyakinan diri dan pergaulan kanak-kanak itu sendiri.
"Kebanyakan kanak-kanak main gajet berseorangan, jadi secara tidak langsung ia akan menjarakkan hubungan bersama kawan yang lain, menjadi anti sosial, sedangkan pada usia 7 hingga 11 tahun, mereka perlu bergaul dan mengeratkan silaturahim.
"Apabila keadaan ini berlaku, nilai murni dalam kalangan mereka sudah tiada. Mereka enggan bergaul, lebih teruk lagi kesihatan akan terjejas terutama mata kerana terlalu kerap dan lama melihat gajet," katanya.
Menurutnya, dalam hal ini, peranan ibu bapa penting kerana mereka yang bertanggungjawab penuh dalam mencorakkan keperibadian anak-anak.
"Ada ibu bapa yang malas memantau kegiatan anak di luar rumah dan lebih gemar memberikan gajet kepada anak supaya mereka dapat duduk diam di dalam rumah.
"Berbeza sekiranya kanak-kanak ini diberi pendedahan terhadap permainan tradisional bersama rakan atau jiran, mereka lebih bijak bergaul malah secara tidak langsung hubungan dengan jiran juga semakin rapat apabila bersama luangkan masa untuk melihat anak mereka bermain," katanya.
Beliau berkata, terdapat 10 jenis permainan tradisional kanak-kanak yang terkenal suatu ketika dahulu antaranya baling selipar, tuju kasut, baling tin, polis sentri, lompat getah, guli, gasing, datuk harimau, batu seremban dan sebagainya.
"Masih ada kanak-kanak yang membesar di kampung bermain permainan itu, namun kebanyakan kanak-kanak yang membesar di bandar sudah tidak mempraktikkan lagi permainan ini atas beberapa faktor.
"Bagi mengatasi anak menjadi anti sosial, ibu bapa perlu main peranan bawa anak mereka ke taman permainan atau memperkenalkan permainan tradisional ini," katanya.
Cara perlawanan kemuncup
Sementara itu, blog Journey Terengganu dikendalikan Awang@Dungun menceritakan mengenai beberapa jpermainan tradisional kanak-kanak yang begitu popular, namun kini semakin dilupakan.
Antara permainan tradisional yang terkenal adalah lawan kemuncup, anok kang atau patung kertas, jet luncur daun palas, wa wa pe pek, cuik tiang, to jel to wok, to nusuk, aci dan cak kekok kaki ayam. - Sinar Harian
Isnin, Februari 24, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kanak-kanak gila gajet anti sosial silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "