2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 4:49 PM

26Rabu,Februari

DPIM: Rasuah punca kos sara hidup naik

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata rasuah merupakan punca utama kenaikan kos sara hidup dan barangan di negara ini.
Beliau berkata, penting bagi rakyat menentang monopoli perniagaan serta budaya korupsi yang menebal dalam sistem perniagaan di negara ini supaya sebaran kekayaan lebih menyeluruh dan adil.
 
"Jihad (lawan) korupsi lebih penting daripada jihad (lawan) orang tengah, ini kerana ramai orang Melayu dan Islam berjaya menjadi orang tengah dalam pasaran.
 
"Jihad perangi monopoli juga pula diberi perhatian dengan berteraskan strategi bisnes dan mengelak ia didorong ketamakan," kata beliau dalam Wacana "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.
 
Pada 18 Januari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.
 
Beliau berkata 'orang tengah' ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.
 
Sistem kapitalis 'tamak'
Sementara itu, Muhammad Ali juga berkata, sistem pasaran bebas kapitalis "bersisikan ketamakan" yang dianut sekarang menyebabkan ketidakadilan berlaku di negara ini
 
"Pasaran bebas penting, tapi ada bahayanya sebab perkara ini berlaku di negara kita, yang kaya bertambah kaya, yang miskin jauh tinggal ke belakang, bukan sahaja di negara Islam bahkan ia berlaku di seluruh dunia.
 
"Kerajaan pula tidak boleh campur tangan dalam pasaran ekonomi namun mereka tidak boleh melupakan peranannya untuk menyeimbangkan kedudukan ekonomi negara," kata beliau.
 
Beliau turut mahu kerajaan menyediakan satu platform untuk menjana pendapatan rakyat kerana subsidi termasuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya untuk jangka pendek semata bagi mengelak pemberontakan terhadap kerajaan.
 
"Kenaikan kos sara hidup kerana inflasi tidak boleh ditangani dengan subsidi, kerajaan perlu segerakan tingkatkan pendapatan rakyat.
 
"Hari ini tiada institusi tertentu untuk menjana pendapatan rakyat dan kenaikan inflasi secara mendadak kini telah menjejas golongan kelas menengah dan pertengahan.
 
"Malah hal ini boleh membuatkan mereka memberontak kepada kerajaan," kata beliau. - MalaysiaKini
Muhammad Ttuyup , Rabu, Februari 26, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog