London, 2 Feb. 2014 - Sama ada disedari atau tidak, bergosip sebenarnya memberi faedah kepada masyarakat kerana ia mengelakkan budaya membuli dan menggalakkan kerjasama, menurut kajian.
Bertentangan dengan kepercayaan sebelum ini bahawa gosip dan enggan bersosial tidak baik dan perlu dielakkan, penyelidik mendapati berkongsi maklumat reputasi memberi kesan positif kepada masyarakat.
Gosip boleh membantu kumpulan sosial menangani buli, menggalakkan kerjasama dan menghalang orang baik dieksploitasi, menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal Psychological Science.
Penyelidik di Universiti Stanford Amerika Syarikat, yang menulis bersama kajian, Dr Matthew Feinberg, berkata: "Kumpulan yang membenarkan anggota mereka bergosip mengekalkan kerjasama dan menghalang sikap mementingkan diri sendiri lebih baik berbanding yang tidak berbuat demikian.
"Mereka melakukan dengan lebih baik jika boleh bergosip dan memencilkan ahli yang tidak boleh dipercayai. Walaupun tindak tanduk itu boleh disalah guna, hasil kajian menunjukkan ia juga bertindak sebagai fungsi amat penting kepada kumpulan dan masyarakat."
216 peserta kajian
Penyelidik membahagikan 216 peserta kepada beberapa kumpulan dan meminta mereka bermain permainan membabitkan keputusan kewangan yang memberi manfaat kepada kumpulan masing-masing.
Sebelum bergerak ke pusingan seterusnya dengan keseluruhan kumpulan baru, mereka yang mengambil bahagian boleh bergosip mengenai anggota sebelumnya.
Anggota kumpulan seterusnya boleh menggunakan maklumat itu untuk mengeluarkan atau meminggirkan peserta yang disyaki daripada kumpulan sebelum melakukan pilihan kewangan seterusnya.
Penyelidik mendapati apabila orang ramai mengetahui tabiat seseorang menerusi gosip, mereka menggunakan maklumat itu untuk merapatkan diri dengan pihak yang dianggap dapat memberi kerjasama.
Mereka yang suka mementingkan diri sendiri kemudian tidak dimasukkan dalam aktiviti kumpulan berdasarkan gosip.
Ia memberi faedah kepada keseluruhan kumpulan kerana jenis mementingkan diri sendiri tidak lagi boleh mengeksploitasi pihak yang suka bekerjasama untuk pencapaian diri sendiri.
Penulis bersama dan profesor sosiologi di universiti sama, Dr Robb Willer, berkata: "Dengan membuang pengkhianat, individu yang suka bekerjasama boleh lebih bebas melabur dalam kebaikan umum tanpa bimbang dieksploitasi."
Apabila pihak yang dianggap mementingkan diri dipinggirkan mereka belajar daripada pengalaman dan membentuk tindak tanduk dengan bekerjasama lebih baik dalam penubuhan kumpulan pada masa depan, menurut kajian. - Agensi
Selasa, Februari 04, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Bukan semua gosip tak bagus silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "