Ramai yang hanya tunggu dan lihat berbanding melakukan pengesanan awal
Kuala Lumpur, 12 Feb. 2014 - Kira-kira 60,000 penduduk negara ini akan menghidap barah menjelang 2025, jika langkah pencegahan tidak dilakukan segera.
Presiden dan Pengarah Perubatan, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr S Saunthari berkata, pihaknya merekodkan peningkatan 16 peratus dalam tempoh empat tahun lalu dan boleh meningkat 50 peratus dalam 10 tahun akan datang.
Katanya, antara barah itu payudara, usus, paru-paru, serviks dan organ muka. Jumlah yang direkodkan menakutkan apabila pada 2008, 20,100 orang meninggal dunia dan pada 2012 pula, 21,700 kematian membabitkan 11,300 lelaki dan 10,400 wanita.
Gaya hidup tak sihat
Peningkatan penyakit itu kerana gaya hidup yang tidak sihat terutama dari aspek pemakanan dan rokok malah ramai beranggapan, barah penghujung kehidupan sedangkan ia mampu dirawat jika melakukan pemeriksaan awal dan pencegahan, katanya.
Beliau berkata demikian sempena penganjuran Ekspo dan Persidangan Hari Kanser Sedunia di sini semalam.
Dr Saunthari berkata, pihaknya turut mendapati rakyat Malaysia lebih memikirkan perubatan merawat tetapi tidak menumpukan kaedah mencegahnya dari berlaku.
Katanya, ramai yang hanya tunggu dan lihat berbanding melakukan pengesanan awal di mana-mana hospital kerajaan dan apabila dirawat, mahu kesannya segera dapat dilihat.
Sebenarnya, barah boleh dicegah namun untuk melawannya ia tidak boleh hanya menyerahkan tanggungjawab kepada agensi berkaitan ataupun kerajaan tetapi semua pihak termasuk masyarakat, pesakit dan ahli keluarga perlu terbabit sama.
Mengapa kita tidak boleh mencegah dan merawat sehingga sembuh sekiranya rekod global menunjukkan banyak negara mempunyai rekod yang baik dalam aspek penyembuhan selain kesedaran rakyat mereka yang mahukan pemeriksaan awal dalam merancang kesihatan masing-masing, katanya. – Berita Harian
Rabu, Februari 12, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 60,000 berpotensi hidap barah 2025 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "