2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 4:51 AM

6Isnin,Januari

Waspada iklan produk kecantikan

KUALA LUMPUR, 5 Januari 2014 - Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran rawatan percuma oleh syarikat kecantikan dan jagaan diri yang semakin berleluasa sekarang.
 
Ini kerana kata Timbalan Presidennya, Muhammad Sha'ani Abdullah, Fomca menerima banyak aduan daripada pengguna yang mendakwa mereka dipaksa oleh syarikat terbabit untuk membeli pakej rawatan yang mahal.
 
"Ada yang pergi untuk mencuba sahaja menerusi rawatan percuma yang ditawarkan, tetapi dia akhirnya diperdaya membeli pakej sampai RM15,000," katanya kepada Bernama di sini.
 
Katanya Fomca mendapati kegiatan tidak beretika itu turut membabitkan syarikat berjenama antarabangsa meliputi pelbagai rawatan diri seperti kulit, rambut dan pelansingan badan.
 
"Pengguna yang terpedaya dengn tawaran rawatan percuma ini lazimnya akan dipaksa membeli pakej rawatan," katanya.
       
Muhammad Sha'ani berkata " untuk tempoh 2011, pihaknya menerima 2,470 aduan membabitkan penipuan oleh pengusaha syarikat kecantikan dengan tuntutan bernilai lebih RM1.7 juta.
 
Jumlah aduan yang diterima itu meningkat 44.7 peratus berbanding 1,706 aduan pada 2010, katanya menambah lebih 52 peratus aduan adalah berkenaan prosedur perniagaan tidak beretika.
 
Ini membabitkan kegagalan pihak syarikat membayar balik wang kepada pengguna yang tidak berpuas hati, caj tersembunyi dan iklan yang mengelirukan ", katanya.
 
Mengulas isu lain, Muhammad Sha'ani berkata Fomca menyarankan kerajaan memperluas bidang kuasa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) agar lebih sistematik dan terperinci sebagai badan pemantau harga barangan atau perkhidmatan di negara ini.
Katanya MyCC perlu dilihat mampu memainkan peranan dengan lebih berkesan dan tegas dalam mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bagi memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga.
 
"Langkah memperluas bidang kuasa mengkaji dan memantau ini secara tidak langsung akan memudahkan MyCC memberi panduan, arahan asas atau prinsip dalam menentukan sesuatu harga barang kepada semua peniaga," katanya.
 
MyCC adalah badan bebas di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 bagi menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 khusus untuk melindungi proses persaingan demi kepentingan perniagaan, pengguna dan ekonomi negara. - Bernama
Unknown , Isnin, Januari 06, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog