2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Siti Hawa wanita paling cantik

SITI Hawa, namanya yang begitu serasi dengan Nabi Adam. Adam dan Hawa ialah manusia pertama yang diciptakan Allah. Siti Hawa ialah isteri pertama daripada seorang makhluk dan seorang nabi yang disebut kitab yang turun dari langit.
 
Nas agama serta buku tafsir tidak menyebut apa-apa mengenai sifat Siti Hawa. Ulama juga tidak sama sekali membabitkan diri dalam hal mengenai Siti Hawa disebabkan mereka terlampau menumpukan perbahasan di sekitar perkara kesalahan saja.
 
Tetapi, memang tidak syak lagi Siti Hawa wanita yang paling cantik di alam ini kerana Allah itu Maha Sempurna. Tentulah Dia tidak mencipta sesuatu, melainkan ciptaan itu sempurna dan cantik.
 
Siti Hawa satu-satunya wanita dicipta Tuhan semesta alam ini sendiri dan Dia melengkapkan padanya semua keindahan, kesempurnaan dan kecantikan.
 
Jelas, itu suatu hikmat yang tidak dapat dicapai pemikiran kita sama sekali serta bagaimana Adam dan Siti Hawa boleh melanggar perintah Allah.
Apabila berlaku saja maksiat itu, terdedahlah aurat kedua-duanya dan ternampaklah bentuk tubuh manusiawi dari Adam dan Siti Hawa. Lalu, mereka sibuk mencari sesuatu untuk menutup aurat masing-masing.
 
Firman Allah bermaksud:
"Maka apabila mereka memakan buah dari pohon itu, terdedahlah aurat daripada kedua-duanya dan mereka pun sibuk menutup dirinya dengan daun-daun pohon syurga. Kedua-duanya pun diseru Tuhan mereka: Bukankah sudah Aku larang kamu berdua dari pohon itu, dan Aku nyatakan kepada kamu berdua bahawasanya syaitan itu musuh yang terang kepada kamu berdua. "Mereka mengatakan: Tuhan kami! Kami menganiayai diri kami sendiri dan jika Engkau tiada mengampuni kami dan merahmati kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi. "Tuhan mengatakan: Pergilah kamu, sesetengah kamu akan menjadi musuh kepada setengah yang lain dan bumi itu akan menjadi tempat tinggal dan kesenangan kamu sampai ke masa yang ditetapkan. "Tuhan mengatakan lagi: Di bumi kamu akan hidup dan di bumi juga kamu akan mati dan daripada bumi pula kamu akan dibangkitkan nanti." (Surah al-A'raf, ayat 22-25).
Siti Hawa ialah ibu kepada sekalian wanita. Dia juga isteri yang pertama diakui langit kepada seorang lelaki. Dia bukan saja isteri daripada makhluk dan nabi yang pertama di dalam alam ini, bahkan wanita pertama yang menderhaka. Dia juga yang pertama menghuni syurga dan keluar dari syurga. Siti Hawa juga isteri kepada khalifah yang pertama di muka bumi ini.
 
Firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya Aku menjadikan khalifah di muka bumi ini." (Surah al-Baqarah, ayat 30).
Ishah kedua daripada Sifir Takwin mengkisahkan: Tuhan mewasiatkan Adam, katanya: "Semua pepohonan yang mengeluarkan makanan boleh engkau makan. Adapun pohon mengenal kebaikan dan kejahatan, janganlah kau makan daripadanya. Sebab jika kau makan daripadanya, mati akan menimpamu."
 
Dan Tuhan berkata lagi: "Tiada bagus Adam tinggal sendirian begitu, jadikanlah baginya seorang pembantu sama sejenis dengannya."
 
Kemudian Tuhan mengumpulkan semua binatang di muka bumi dan segala burung yang di langit, lalu Dia membawanya kepada Adam, supaya dia memanggilnya satu-satu.
 
Setiap yang dipanggil Adam dari yang hidup bernyawa, itulah namanya. Adapun memanggil nama semua binatang dan burung di langit dan semua binatang di hutan, tetapi untuk dirinya sendiri, dia tidak menemui pembantu sejenis dengannya.
 
Tuhan pun menimpakan tidur ke atas Adam, maka tidurlah dia. Lalu Tuhan mencabut satu daripada tulang-tulangnya dan disalutkannya dengan daging dan Tuhan membuat daripada tulang yang dicabut-Nya daripada Adam itu menjadi seorang wanita yang kemudian dibawa kepada Adam.
 
Lalu Adam berkata: "Inilah dia sekarang tulang daripada tulang-tulangku, daging daripada dagingku dan inilah dia dinamakan wanita kerana dia daripada tubuhku sendiri."
 
Firman Allah:
"Ingatlah, ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat, bahawa Aku menciptakan manusia daripada tanah. Apabila Aku membentuknya menjadi sempurna, Aku tiupkan roh-Ku, hendaklah kamu sekalian tunduk merendah diri kepadanya. Semua malaikat tunduk merendah diri melainkan iblis saja yang menyombongkan diri dan tergolong orang yang kufur." (Surah Shad, ayat 71-74)
 
 

* Sumber dari suatuperjalananmaya.com
 
Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Januari 09, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog