Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 7:43 PM

11Sabtu,Januari

Saintis Buktikan Perempuan Lebih Cepat Matang Daripada Lelaki

Semua manusia dewasa termasuklah lelaki dan perempuan pernah melalui zaman kanak-kanak. Semua pernah merasa tetapi sedarkah kita yang pertumbuhan dan tumbesaran perempuan dan lelaki adalah sangat jauh berbeza?
 
Ianya adalah memang sebuah pengetahuan am yang perempuan lebih matang daripada lelaki tetapi baru-baru ini, para saintis menemukan satu fakta buat pertama kalinya yang otak orang perempuan boleh berkembang sehingga lebih 10 tahun lebih awal daripada orang lelaki.
 
Universiti Newcastle membuat penemuan ini semasa menjalankan kajian tentang bagaimana otak menyimpan informasi. Mereka mendapati bahawa apabila otak matang, ia mula 'memotong' informasi yang tersimpan itu kepada beberapa bahagian' dan memfokuskan kepada bahagian yang penting.
 
Bagi perempuan, hal ini boleh berlaku seawal usia 10 tahun  tetapi bagi lelaki, ia boleh mencapai sehingga 15 hingga 20 tahun untuk mencapai tahap yang sama.
 
Dr Marcus Kaiser berkata, "Sememangnya secara tidak sengaja kami menemukan yang terdapat satu perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam aspek pembesaran. Kami menjumpai yang otak mula memotong sambungan neural yang tidak dianggap penting"
 
Semasa proses yang sama, memori atau bunyi atau penglihatan yang muncul dalam otak beberapa kali akan dihapuskan.
 
Pengkaji Sol Lim berkata, "Kehilangan sambungan semasa pertumbuhan otak sebenarnya boleh membantu untuk meningkatkan fungsi otak dengan mengorganisasi semula rangkaian dengan lebih efisien.
 
"Katakanlah, berbanding bercakap dengan orang ramai secara rawak, menanyakan satu pasangan yang tinggal di kawasan tersebut dalam tempoh masa yang lama adalah jalan yang paling efisien untuk mengetahui cara untuk mengetahui cara kamu. Dalam cara yang sama, mengurangkan unjuran dalam otak membantu untuk lebih fokus kepada informasi yang penting."
 
Hanya unjuran penting, seperti menghubungkan suara seseorang yang biasa (familiar) dengan wajah mereka dikekalkan, tetapa semasa mengimbas otak 121 sukarelawan berusia 4 hingga 40 tahun, mereka mendapati perbezaan yang sangat jelas.
 
"Kajian sebelum ini menunjukkan otak melakukan banyak organisasi semua semasa akil baligh, terdapat aktivit besar dalam tempoh ini. Tetapi ia agak tidak dijangkakan untuk menemui perubahan-perubahan yang bermula lebih awal pada perempuan jika dibandingkan dengan lelaki" kata Dr Kaiser.
 
"Sekitar 10 hingga 12, kami mula tengok banyak aktiviti dalam otak perempuan apabila 'pemotongan' ini berjalan, tetapi ia adalah sekitar 15 hingga 20 untuk lelaki."
 
Kerja ini adalah sebahagian daripada projek Human Green Brain yang mendapat dana dari EPSRS, yang mengkaji perkembangan otak manusia dan diterbitkan dalam jurnal Cerebral Cortex.
 
Unknown , Sabtu, Januari 11, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog