2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 11:13 AM

20Isnin,Januari

Ramai tak tahu hidap darah tinggi

Kuala Lumpur, 20 Jan. 2014 - Masih ramai dalam kalangan rakyat di negara ini tidak mengetahui mereka menghidap darah tinggi kerana penyakit itu tidak mempunyai gejala khusus menyebabkan mereka sering mengabaikan rawatan.
 
Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Prof Datin Dr Chia Yook Chin berkata, sekiranya pesakit mula menyedari berlaku gejala tertentu memberi petanda sudah terlambat kerana penyakit berkenaan sudah merosakkan sebahagian fungsi badan mereka. "Sebab itu, adalah lebih baik penyakit tekanan darah tinggi disekat di peringkat permulaan daripada membiarkannya menjadi bertambah teruk dan membawa kepada komplikasi lain.
 
"Bagaimanapun, jika pesakit sudah didiagnos menghidap penyakit berkenaan, terapi paling efektif mampu mengawal penyakit itu hanya jika pesakit berkenaan bersungguh-sungguh mengambil ubat yang disaran, mematuhi arahan rawatan dan mengamalkan gaya hidup sihat," katanya pada Mesyuarat Saintifik Tahunan Ke-11 Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH) 2014 di sini, semalam.
 
Dalam pada itu, menerusi Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 oleh Kementerian Kesihatan, 32.7 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap hipertensi berbanding 20.7 peratus pada 1996 dan 32.2 peratus pada 2006.
 
Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa daripada jumlah berkenaan, 19.8 peratus tidak mendapatkan diagnosis.
Tekanan darah tinggi ditakrifkan sebagai keadaan apabila tekanan darah dalam arteri atau salur darah meningkat secara kronik. Tekanan darah seseorang yang kurang dari 120/70 mmHg didefinisikan sebagai normal.
 
Hipertensi biasanya terjadi pada tekanan darah 140/90 mmHg atau ke atas dan ia diukur pada kedua-dua lengan sebanyak tiga kali dalam jangka masa beberapa minggu. Jika bacaan masih sama, maka seseorang itu menghidap darah tinggi.
 
Tekanan darah tinggi kebiasaannya berlaku dalam beberapa keadaan antaranya jantung berdegup atau mengepam lebih kuat bagi mengalirkan lebih banyak darah pada setiap kali degupan. – Harian Metro
Unknown , Isnin, Januari 20, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog