SEBANYAK 74 peratus rakyat Malaysia yakin mereka akan dapat mencapai kesemua matlamat kewangan masa depan masing-masing, dengan sebahagian besar tahu keperluan untuk mengambil langkah proaktif apabila menabung, menurut laporan terbaru diterbitkan Nielsen, firma yang mengkaji isu kepenggunaan.
Bagaimanapun, Tinjauan Global Strategi Tabungan dan Pelaburan Nielsen itu menunjukkan 26 peratus lagi rakyat Malaysia tidak yakin mereka dapat memenuhi kesemua matlamat kewangan mereka sama ada dengan aset yang dimiliki sekarang atau pada masa depan.
Kajian itu menunjukkan isu kesihatan, hal kecemasan di rumah dan dana persaraan adalah tiga keutamaan untuk simpanan dan pelaburan untuk responden Malaysia.
Pengarah Perkhidmatan Kewangan Nielsen bagi Singapura dan Malaysia, Luca Griseri berkata, kenaikan harga barangan keperluan dan utiliti serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan pada April 2015 memberi kesan kepada perancangan kewangan pengguna.
"Ini mendorong pengguna menilai semula perancangan kewangan mereka," katanya dalam kenyataan, semalam.
Selain itu, pengguna di Malaysia lebih yakin mencapai matlamat kewangan mereka berbanding di Vietnam (72 peratus), Thailand (71 peratus) dan Singapura (65 peratus), manakala 88 peratus pengguna di Indonesia dan 83 peratus di Filipina percaya akan mencapai kesemua matlamat kewangan pada masa hadapan.
Tinjauan itu melibatkan 30,000 pengguna internet di 60 negara dengan menilai bagaimana pengguna seluruh dunia membuat perancangan kewangan terkini dan pada masa akan datang. - Sinar Harian, 16 Januari 2014
Khamis, Januari 16, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pengguna Malaysia aktif menabung silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "