2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pekerja Malaysia bercita-cita tinggi

HAMPIR tujuh daripada 10 (66 peratus) pekerja di Malaysia merancang berhenti daripada pekerjaan sekarang dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk memajukan kerjaya masing-masing, menurut tinjauan Laporan Dunia Pekerjaan Randstad 2013/2014 dikeluarkan, semalam.
 
Pengarah Randstad Malaysia, Jasmin Kaur berkata, hasil tinjauan itu memberikan petunjuk kepada majikan untuk membaiki cara mereka menarik bakat, strategi melayan dan mengekalkan pekerja dan paling penting ialah menangani kadar pemberhentian kerja yang tinggi.
Beliau berkata, perangkaan itu menunjukkan memajukan kerjaya, perkara penting, namun hanya seorang dalam empat pekerja (39 peratus) menerima latihan dan peluang memajukan diri dalam pekerjaan semasa.
 
"Berdasarkan kedudukan ini, pemilik perniagaan di Malaysia harus melabur dalam strategi pengurusan bakat yang menyediakan program pembelajaran dan latihan memajukan diri pekerja," kata beliau.
 
Laporan itu juga mendapati penggerak paling utama bagi pekerja untuk bekerja cemerlang dan kekal ialah jika mereka mempunyai pemahaman terhadap peranan dan sumbangan mereka untuk mencapai matlamat organisasi (30 peratus) dan perasaan dihargai dan diiktiraf (16 peratus).
 
"Majikan perlu mengimbangi pelbagai bentuk motivasi pekerja mereka, bukan semua pekerja mahu dipuji secara terbuka, gaji dan bonus yang tinggi. Sesetengah pekerja mungkin mahukan pilihan kerja yang fleksibel atau peluang mengetuai sesuatu projek baru," katanya. - Bernama, 23 Januari 2014
Unknown , Khamis, Januari 23, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog