/

Nik Aziz terkenang sikap 'degil' Harun, Azizan

SHAH ALAM, 26 Januari 2014 - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan dua pejuang parti itu, Allahyarham Datuk Harun Taib (gambar) dan Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai individu yang 'degil'.
Mengenali kedua Allahyarham ini secara dekat, Nik Aziz berkata, kedua-dua pemimpin itu sanggup bersusah payah mengikuti program yang dianjurkan Pas walaupun dalam keadaan uzur.
 
"Almarhum (Harun) dan Ustaz Azizan kedua-duanya saya kenal sebagai orang yang sangat degil.
 
"Degil melawan kesakitan untuk terus datang mesyuarat sekalipun dalam situasi yang sangat uzur," ujarnya menerusi laman sosial Facebook miliknya.
 
Tambah Nik Aziz, pemergian Harun ke rahmatullah masih memberi kesan kepada dirinya ekoran sifat gigih yang ditunjukkan bekas pemimpin parti itu.
 
Kelmarin, Harun, 71 telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 12.17 pagi.
 
Anak Allahyarham, Hilmi Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir berkata, bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ dalaman disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi.
 
"Arwah sudah menghidap penyakit strok sejak 2010, tapi tahun terakhir ini kencing manis makin teruk dan serangan kuman sudah semakin merebak dan boleh dikatakan merebak ke buah pinggang walaupun keadaan darah dan jantungnya stabil," katanya.
 
Sementara Azizan pula meninggal dunia September lalu selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
 
Menerusi Facebooknya, Nik Aziz turut meminta masyarakat mendoakan kesejahteraan kedua-dua pemimpin itu yang telah kembali mengadap Ilahi.
 
"Saya harap semua pendokong perjuangan Islam pun tidak putus-putus mendoakan pimpinan yang telah pergi selama-lamanya ini.
 
"Sesungguhnya masa mereka telahpun tiba, semoga apabila masa kita tiba nanti, kita pergi di dalam keimanan dan ketaatan kita yang tidak berbelah bahagi kepada ALLAH SWT," katanya lagi. – Sinar Harian
 

* Alfatihah untuk ustaz Harun Taib,
Muhammad Ttuyup , Isnin, Januari 27, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog