Orang ramai dinasihat mengadakan bajet dengan menyenaraikan pendapatan dan menolak setiap perbelanjaan tidak perlu.
SHAH ALAM, 21 Januari 2014 – Wanita sering dianggap lebih boros dan tidak berfikir panjang untuk berbelanja berbanding lelaki terutama untuk membeli kosmetik, pakaian, kasut, aksesori dan sebagainya, yang tidak termasuk dalam kategori keperluan.
Malah bagi memenuhi kehendak terhadap perkara-perkara itu, ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk kelihatan cantik dan bergaya.
Persoalannya, benarkah wanita lebih suka berbelanja berbanding lelaki ataupun dalam kata lain, lebih boros?
Mengikut laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), berdasarkan kes yang diterima, ramai lelaki berusia 40 tahun ke atas yang datang ke pusat khidmat pelanggan AKPK untuk mendapatkan kaunseling mengurus wang termasuk nasihat untuk menyelesaikan hutang.
Lazimnya, lelaki pada peringkat usia ini dianggap mempunyai kehidupan yang lebih stabil serta kewangan yang kukuh.
Namun statistik AKPK sebaliknya menunjukkan sepanjang 2013, lelaki berusia lebih 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 42.4 peratus atau 39,220 orang mendapatkan khidmat agensi itu untuk membantu mereka menguruskan hutang masing-masing.
Ini diikuti golongan berusia 30 hingga 40 tahun berjumlah 36,916 (39.9) peratus dan 16,336 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (17.7 peratus).
Sepanjang 2013 juga, seramai 60,359 atau 65.3 peratus daripada sejumlah 92,472 pelanggan Program Pengurusan Kredit di agensi itu adalah lelaki berbanding wanita sebanyak 29,725 atau 32.1 peratus.
Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat AKPK iaitu 68,550 orang (74.1 peratus), diikuti bujang seramai 14,069 orang (15.2 peratus) dan bercerai seramai 4,144 orang (4.5 peratus) sementara kematian pasangan seramai 1,727 orang (1.9 peratus).
Dari segi purata gaji, individu berpendapatan kurang RM24,000 setahun adalah yang paling tinggi berdepan masalah hutang iaitu seramai 48,647 (52.6 peratus).
Ini diikuti 17,389 mereka yang berpendapatan antara RM24,000 hingga RM36,000.
Sementara mereka berpendapatan lebih RM40,000 mencatat jumlah lebih tinggi iaitu 14,428 berbanding mereka yang berpendapatan RM30,000 hingga RM40,000, 12,008 (13.0 peratus).
Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat AKPK, Mohamad Khalil Jamaldin, antara faktor utama masalah kewangan dihadapi mereka kerana perancangan kewangan lemah iaitu 22.8 peratus, kos perubatan tinggi (18.1), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1).
Justeru, rakyat di negara ini disaran mengkaji semula corak perbelanjaan, selain berjimat-cermat bagi mengelak pembaziran, mewujudkan dana kecemasan dan mengelak membuat pinjaman baru.
"Sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah, menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan antara cara berkesan yang boleh membantu orang ramai bersiap sedia menghadapi masalah peningkatan kos sara hidup," katanya.
Menurutnya, cara paling mudah, mengadakan bajet dengan menyenaraikan pendapatan dan menolak setiap perbelanjaan tidak perlu.
Katanya, orang ramai lazimnya sedar akan masalah dihadapi akibat situasi itu, namun jika mereka tidak melakukan apa-apa tindakan, boleh menjejaskan kehidupan.
Dalam usaha meningkatkan pengetahuan terhadap pengurusan kewangan, AKPK menyediakan beberapa program bagi menggalakkan golongan muda terhadap budaya terbabit.
Antaranya, agensi itu menggiatkan usaha kempen dan kaunseling untuk orang ramai mengurangkan perbelanjaan dan ubah cara hidup selain meningkatkan pendapatan sama ada membuat kerja lebih masa atau sebagainya bagi menampung kehidupan.
Beliau turut menyarankan orang ramai memanfaatkan perkhidmatan percuma ditawarkan AKPK seperti Pendidikan Kewangan, Kaunseling dan Nasihat tentang Pengurusan Kewangan dan Program Pengurusan Kredit.
Pihaknya akan bantu sediakan pelan pembayaran balik bagi setiap hutang dihadapi termasuk berunding dengan pihak bank untuk tempoh bayaran tertentu iaitu memanjangkan tempoh bayaran balik.
Katanya, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan AKPK melalui talian bebas tol 1800-88-2575 atau mengunjungi cawangan terdekat di seluruh negara. – Sinar Harian
Selasa, Januari 21, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lelaki paling ramai terbeban hutang silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "