/

Kesesakan lalu lintas KL kekecewaan nombor satu

KUALA LUMPUR, 8 Januari 2014 – Satu penyelidikan pasaran oleh Frost and Sullivan terhadap 1,227 responden di sini mendedahkan 41 peratus daripada responden menganggap kesesakan lalu lintas sebagai kekecewaan nombor satu, lebih tinggi daripada purata 35 peratus kadar bagi Asia Pasifik dan 29 peratus tahap global.
 
Rakan kongsi Asia-Pasifik merangkap Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan, Kavan Mukhtyar berkata kesesakan lalu lintas di sini berpunca daripada pergantungan penduduk terhadap kereta, berbanding pada tahap global dan serantau.
"Lebih 79 peratus penduduk Kuala Lumpur bergantung kepada pengangkutan persendirian seperti kereta manakala lapan peratus bergantung kepada pengangkutan awam.
 
"Sebelas peratus lagi menggunakan gabungan antara pengangkutan awam dan persendirian manakala dua peratus bukan kereta," katanya pada taklimat media mengenai industri kenderaan negara ini tahun ini, di sini, Rabu.
 
Sebagai perbandingan, katanya, purata 54 peratus penduduk di Asia Pasifik menggunakan pengangkutan persendirian, 24 peratus pengangkutan awam, 15 peratus gabungan antara dua cara itu dan tujuh peratus bukan kereta.
 
Sementara itu, purata penduduk global yang menggunakan pengangkutan persendirian ialah 53 peratus, pengangkutan awam (26 peratus), gabungan pengangkutan (13 peratus) dan bukan kereta (lapan peratus)," katanya.
 
Mukhtyar berkata Kuala Lumpur akan menghadapi cabaran kesesakan jalan raya pada masa depan berikutan pemilikan kereta terus bertambah.
 
Bagaimanapun, katanya, kerajaan Malaysia dalam Pelan Pengangkutan Kerajaan, merancang meningkatkan pengangkutan awam dengan menambah tahap penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang 2020.
 
"Ini sudah pasti mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur," katanya.
 
Sementara itu, Mukhtyar berkata, satu penyelidikan menunjukkan 50 peratus daripada pengguna pengangkutan di Kuala Lumpur lebih suka bertukar kepada kenderaan yang menjimatkan minyak yang menjurus kepada bertambahnya kenderaan mesra alam di Malaysia.
Pada tahun lalu, penjualan kereta hibrid diunjur tumbuh sebanyak 4.2 peratus kepada 16,000 unit berikutan pengecualian cukai dan pelancaran model baharu.
 
Mukhtyar berkata Frost and Sullivan yakin penjualan kereta hibrid akan terus meningkat pada masa depan.
 
"Perkembangan ini sudah pasti akan memacu model perniagaan mobiliti baharu seperti kelab perkongsian kereta yang menawarkan kemudahan pengangkutan kereta mesra alam hasil daripada pelaburan yang semakin meningkat untuk sistem pengangkutan awam," katanya. - Bernama
Unknown , Khamis, Januari 09, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog