/

Jumlah remaja hamil tanpa nikah meningkat

KOTA BHARU, 14 Januari 2014 – Jumlah remaja di bawah umur hamil tanpa ikatan perkahwinan yang sah berdaftar di negeri ini meningkat kepada 10 kes tahun lepas berbanding pada 2012.
 
Fakta tersebut berdasarkan laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri menunjukkan peningkatan dari 13.4 peratus atau 78 kes pada 2012 kepada 15.5 peratus atau 87 kes tahun lepas.
 
Manakala yang selamat dilahirkan di hospital kerajaan menurun iaitu 10.5 peratus atau 29 kes tahun lepas dan 2012 sebanyak 11 peratus atau 37 kes pada 2012.
 
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, masalah yang melibatkan remaja antara 10 hingga 19 tahun merupakan isu penting kerana hanya segelintir mereka bersikap terbuka dan mementingkan kesihatan.
 
Menurutnya, hanya remaja yang teliti dengan kesihatan diri dan bayi sahaja akan mendaftarkan kehamilan mereka di fasiliti kesihatan kerajaan.
"Keadaan ini berlaku kerana kurang kesedaran di kalangan remaja tentang kepentingan kelahiran di hospital atau tiada sokongan dari ibu bapa yang mungkin malu dengan stigma masyarakat.
 
"Pihak jabatan kesihatan memandang serius isu ini dan menyarankan agar remaja terlibat, ahli keluarga serta masyarakat tidak perlu malu untuk tampil untuk dapatkan hak penjagaan kehamilan.
 
"Nasihat kepada mereka jangan ulangi lagi kesilapan dan dapatkan penjagaan kehamilan secara berkala bagi memastikan keselamatan diri dan anak dalam kandungan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kesihatan kepada Pasukan Pergigian Bergerak (PPB) di Makmal Kesihatan Awam, di sini, semalam.
 
Dr Ahmad Razin berkata, berbagai faktor risiko dapat dikesan semasa penjagaan kehamilan di klinik kesihatan dan rawatan awal adalah penting bagi mencegah sebarang komplikasi.
 
Tambahnya, terdapat berbagai agensi yang dapat membantu dalam aspek sosial dan kebajikan remaja tersebut seperti Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta One Stop Crisis Centre (OSCC) yang ada di hospital kerajaan.
 
"Harap lebih ramai pihak dapat membantu menangani gejala sosial ini yang mana secara tidak langsung boleh menjejaskan pembangunan generasi masa hadapan negara kita," katanya.
 
Sementara itu, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM 5.2 juta bagi membeli 15 MPV kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk perkhidmatan pergigian bergerak di negeri ini yang melibatkan sembilan daerah.
 
Katanya, penyerahan kenderaan ini bagi kegunaan Pasukan Pergigian Bergerak (PPB) menjalankan tugas  di Pasir Mas, Pasir Putih, Bachok, Tumpat, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.
 
"Sebelum ini kita sudah ada 80 kenderaan dan ini merupakan tambahan kepada kenderaan yang sedia ada. Kita harap mereka akan bergerak lebih pantas dalam memberikan khidmat kepada masyarakat khususnya di desa," katanya. - Sinar Harian
Unknown , Rabu, Januari 15, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog