Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub (kiri) dan Dr Jeswant menunjukkan VenTouch pada sidang media di IJN, semalam.
Kuala Lumpur, 24 Jan. 2014 - Institut Jantung Negara (IJN) mencatat sejarah sebagai pusat perubatan pertama di dunia memperkenalkan kaedah pembedahan 'Mardil Medical Ventouch System" (VenTouch)' khusus untuk merawat penyakit lemah jantung dan kebocoran injap mitral.
Pengarah Klinikal IJN bagi Pembedahan Dewasa, Datuk Dr Jeswant Dillon, berkata kaedah berkenaan mengurangkan risiko pembedahan, khususnya kepada pesakit berusia yang kadang kala mengalami komplikasi kesihatan lain.
Beliau berkata, berbanding kaedah pembedahan sebelum ini, VenTouch hanya membabitkan potongan sepanjang enam atau tujuh sentimeter di bahagian rusuk pesakit bagi membolehkan alat khas dimasukkan ke jantung.
"Alat ini berbentuk seperti stokin yang akan membalut keseluruhan jantung, membolehkan jantung yang membengkak dan kebocoran injap mitral pulih seperti biasa. Ia boleh dianggap sebagai kaedah '2 dalam 1' kerana merawat penyakit lemah jantung dan kebocoran injap pada masa yang sama," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Dr Jeswant berkata, dua pembedahan ke atas pesakit berusia 43 dan 52 tahun dijalankan pada Selasa lalu dan ia terbukti lebih cepat dan selamat.
"Pembedahan pertama berlangsung selama lima jam manakala pembedahan kedua selepas itu mengambil tempoh hanya dua setengah jam. Masa yang panjang diperlukan untuk pembedahan pertama kerana langkah berjaga-jaga perlu diambil memandangkan ia kali pertama kami melakukan prosedur ini," katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari berkata, IJN dipilih Mardil Medical Inc, syarikat pembekal peralatan perubatan berpangkalan di Amerika Syarikat dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) sebagai satu-satunya pusat perubatan di rantau Asia Pasifik untuk memperkenalkan kaedah rawatan ini. – Berita Harian
Jumaat, Januari 24, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang IJN perkenal alat kurang risiko pembedahan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "