PUTRAJAYA, 22 Jan. 2014 - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan produk tradisional 'Delima Raja Urat' kerana didapati mengandungi racun berbahaya iaitu dexamethasone.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman berkata, berdasarkan label pada produk, ia diguna untuk sakit urat, sakit pinggang, lenguh sendir tulang, sakit lutut, kebas kaki tangan, gout, lemah tenaga dan letih lesu.
Namun, beliau berkata, hasil ujian Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati produk itu mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
"Dexamethasone adalah agen anti radang yang poten dan biasa digunakan dalam rawatan alergi dan ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.
"BPFK telah menerima dua laporan kesan advers yang melibatkan produk Delima Raja Urat dan kesan advers yang dilaporkan ialah urticaria, vasculitic rash dan Addisonian crisis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Eisah berkata, penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma.
"Pesakit juga boleh mengalami 'Cushing's syndrome' yang dicirikan dengan muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil," katanya.
Eisah menasihatkan mereka yang mempunyai stok produk itu supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta.
Orang ramai juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-7833 5400 atau melayari laman web www.bpfk.gov.my. - Bernama
Khamis, Januari 23, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 'Delima Raja Urat' mengandungi bahan terlarang silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "