Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 6:44 AM

9Khamis,Januari

Cerpen : Apa Lagi Yang Kamu Mahu? (TamaT)

Pagi selepas konvokesyen. Santai di sebuah kopitiam yang pekerjanya dari Tanah Besar Cina. Di TV, lapuran demonstrasi menuntut hak-hak samarata dalam demokrasi di sebuah negara maju yang mempunyai banyak universiti terkemuka. Ratusan ribu berhimpun secara aman.
 
"Apakah kamu percaya bahawa pendidikan tinggi akan menyelamatkan kita, atau anak-anak kita nanti? Secara realitinya, tidak semua berpendidikan tinggi akan mendapat pekerjaan baik, malah ada yang mungkin akan menganggur selamanya. Sedangkan kos pengajian universiti semakin meningkat. Aku rasa kita dalam gelembung, bukan gelembung teknoloji atau Internet, tetapi gelembung pendidikan tinggi!"
 
Terdiam seketika kumpulan graduan menganggur mendengar lontaran hujah Rania yang baharu sahaja mendapat tawaran kerja. Mereka mahu meraikan 'kejayaan' Rania yang tidak disangka. Walau sebagai pembantu khas kepada seorang CEO Barat sebuah multi-nasional yang mahu menguasai bahasa Melayu setelah menelan banyak biji durian. Terutama untuk menulis surat-surat rasmi, seperti syarat yang diminta untuk berurusan dengan sebuah kerajaan negeri tempat mereka beroperasi. Rezeki yang datang dari Facebook, melalui kawan kepada kawan.
 
"Ada kemungkinan universiti akan menjadi seperti kasino, hebat untuk para penjudi yang menang, tetapi kita sebenarnya lebih baik tidak masuk universiti daripada membayar harga mahal untuk masuk dan gagal untuk menang sebagai pekerja dengan gaji besar! Tentunya, graduan kejuruteraan dan komputer lebih laku dari graduan bahasa Melayu seperti aku, tetapi tidak semua orang boleh jadi pekerja teknologi dan hanya masa menentukan apabila teknologi akan membaham kerja-kerja berkaitan teknologi juga, maka semuanya akan jadi mangsa teknologi!"
 
Terlongo kawan-kawannya, terutama Zulkarnain yang tidak sangka sama sekali Rania mempunyai hujah sebegitu jauh untuk digapai minda. Seorang graduan pengajian Bahasa Melayu memperkatakan sesuatu yang diluar kotak pemikiran. Bagi mereka, prioriti adalah untuk mendapatkan kerja, tidak lagi mahu memilih, biar sebagai pelayan kedai mamak atau bagi Zulkarnain, pembantu artis selebriti, boleh menumpang glamor.
 
Melihat semuanya terdiam, Rania yang tidak sabar untuk bekerja, dan terlalu gembira, ketawa. Dia tahu, apa yang diperkatakan memang berat dan dia pun membaca mengenainya sebelum temuduga, sesuatu untuk memberikan kelebihan sebagai graduan serba boleh dan banyak membaca yang tahu banyak perkara secara global.
 
Akhirnya, Rania melontar satu pertanyaan sinis yang tidak perlu dijawab dalam dunia mengalami masalah pengangguran, termasuk negara China yang menjadi kayu pengukur ekonomi semasa.
 
"Maka kalian, sebagai graduan bidang teknologi canggih, apa lagi yang kamu mahu?"
 
 
(Tamat)
 

Apa Lagi Yang Kamu Mahu? (Berita Harian Ahad 23 Jun 2013)
Oleh : Fudzail
Sumber di ambil disini
  • Fudzail berkelulusan sains komputer & matematik dari University of Waikato, Hamilton, New Zealand.
  • Beliau pernah menjadi pengurus IT  di TV3 sebelum berhijrah sebagai ekspatriat Malaysia yang bermastautin di UAE sejak tahun 2000. Terlibat dalam pembinaan projek mega seperti Dubai Internet City, Palm Jumeirah, Masdar, Dubailand dan pengurus Yusuf Islam.
  • Kini beliau menjadi pengarah syarikat  di UAE dan Malaysia. Aktif sebagai sukarelawan yang pernah ke Gaza, Palestin.
  • Pernah memenangi hadiah sastera Utusan,  Johor dan Hadiah Sastera Malaysia 2006/7. Antologi puisi "Waikato' (DBP 2001) kumpulan cerpen'Dotkomania' (DBP 2009) dan trilogi 'Aotearoa' (Karangkraf 2010) serta kumpulan cerpen terbaru yang bakal diterbitkan oleh DBP.
Rokiah Mad Dom , Khamis, Januari 09, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog