2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Cerpen : Aku & SLK850 [Episod 6/7]

"Buat apa sini?"
 
Terkejut aku. Nasib baik tak terlepas bunga telur tu.
 
"Beli bunga telur."
 
"Banyaknya?"
 
"Nak kenduri, mestilah banyak."
 
"Kenduri?"
 
Aku mengangguk-angguk dengan kata-kata Ikhwan sambil tersenyum.
 
"Awak pula buat apa dekat sini?"
 
"Saya baru balik dari Jakarta, ada urusan kerja sikit. Baru menghilang seminggu, you surprised me with wedding already!" Dia seakan masih terkejut. Dia memandang aku tajam.
 
Aku mengerut dahi. "Owhh… patutlah tak ada lama. Pergi Jakarta rupanya. Kerja banyak ya? Eh buat apa dekat sini?"
 
Ikhwan tersenyum tipis. "Beli hantaran bertunang."
 
"Owwhh… bertunang! Dengan siapa?"
 
"Dengan puan."
 
"Off course! Mesti dengan Puan, takkan dengan orang lain pula kan. Tunang ke perhaps?"
 
"Hahh??!"
 
Aku tersenyum, tak ceria! Nak bertunang rupanya. Arghh… apasal aku rasa tak sedap betul hati ini! Perasaan kah yang sakit? Hati kah yang sakit? Dada bergetar… cemburukah?
 
"Jom jumpa dengan puan, lama dia nak jumpa awak, tapi saya yang tiada masa."
 
Dia menarik tangan aku kepada Datin Hafsah. Datin Hafsah sibuk memilih riben. Buat sendiri agaknya hantaran, kalau aku jadi dia, baik aku order saja. Tak menyusahkan kalau nak buat.
 
"Puan!" panggil Ikhwan. "Look who I've found?"
 
Datin Hafsah terus mencampakkan riben yang dipegangnya itu, dia datang memeluk aku. Aku membalas pelukannya. Ikhwan hanya tersenyum di sebelahnya. Gembira sungguh dia melihat aku macam melihat menantu! Erkk… dia yang nak terima menantu, aku lah gila bayang macam hantu! Adehhh… kenapa berada di situasi yang tak berapa nak seronok ni??
 
"Lama tak jumpa! Rindu sangat."
 
Aku tersenyum. Alangkah baiknya dapat kasih sayang seorang ibu yang mesra macam ni. Mama?? Erkkk… rindu apanya! Lagi dia hambat aku balik adalah. Orang tua tu saja yang aku tak boleh psiko! Macam dia boleh baca saja dalam kepala otak aku ni. Yelahhh… anak mama katakan. Cet!
 
"Buat apa dekat sini?" Tanya Datin Hafsah.
 
"Beli bunga telur." Jawab aku.
 
"Ada kenduri!" ujar Ikhwan.
 
"Kenduri kahwin? Bila?" Datin Hafsah mengerut dahinya. Dia agak terkejut. Aku pelik. Kenapa semua nampak macam terkejut ni?
 
"Hujung minggu depan!"
 
"Eh sama dengan hari bertunang! Auntie buat kecil-kecil saja. Makan-makan." ujar Datin Hafsah.
 
"Tak dapatlah nak datang ya!"
 
"Errkk… tak kot!" ujar aku. Gilaaa… nak datang majlis pertunangan Ikhwan? Aku yang meraung nanti.
 
Ikhwan memandang aku tajam. Tiba-tiba aku mendapat panggilan, aku meminta diri dulu untuk mengambil panggilan itu. Si Aina! Hishhh… tak menyempat.
 
"Ye laaa sayang. I tahulah, warna pink."
 
"Sat lagi, I hantar!"
 
"Bye… love you."
 
Klik!
 
"Tunang?"
 
"Hah??! Ehh… saya dah lambat ni. Got to go…"
 
"Bukan awak yang lambat… saya yang terlambat!"
 
Erkk… apa benda Ikhwan cakap ni. Masa ni pula nak bersurat bersirat! Pening kepala! Aku terus membayar bunga telur itu dan mengucapkan selamat kepada Datin Hafsah. Aku ucap tahniah juga kerana bakal menerima menantu! Datin Hafsah seronok sekali. Ikhwan menghantar aku sampai ke kereta. Aku tak bagi, dia nak ikut juga.
 
"Saya nak jenguk SLK850 ni, takkan berjumpa lagi agaknya. Saya nak pergi jauh-jauh!"
 
"Hah?!"
 
"Tak ada apalah…"
 
"Cakap bisik-bisik. Tak dengar!"
 
Ikhwan tersenyum.
 
"Bye…"
 
"Bye!"
 
"Tahniah…" ucapnya.
 
Aku tersengih. Tahniah apa pulak dekat aku? Tahniahlah dekat kau… iskk.. patut aku cakap kah??
Senyum sajalah!
 
"Alamat rumah apa?" tanya dia.
 
"Buat apa?"
 
"Nak datang."
 
"Ohhh… nanti saya mesej. Bye!"
 
Aku terus berlalu. Dia memandang aku, sampai aku lenyap dari pandangan. Aku berasa sedih. Barulah nak terasa cinta, cinta dah pergi dari aku! Itulah, bila aku tak nak, dia datang, bila aku nak… cinta pergi! Apalah nasib… kau kena mandi bunga agaknya Jaz!
 
 
******
 
Seminggu aku mengharamkan mata aku melihat bayang-bayang SLK-Class yang berwarna hitam itu. Rasa diserang senggugut pula bila melihatnya atau terserempak! Menyakitkan hati saja. Lebih baiklah aku melihat Mr. Macho aku ni. Selamanya lah aku dengan Mr. Macho ni. Nasib baik ada dia… selamanya kita bersama! Jangan kau buat hal sudah… aku campak kau dalam Sungai Kinta nanti!
 
Banyak kenangan dengan kereta aku ni bersama Ikhwan. Terasa sebahagian Ikhwan ada bersama dengan aku. Mana taknya dia yang belanja aku ekzos besar ni. Hemmm… balik ni, aku nak tukar ekzos ni! Aku tak mahu dia ada bersama. Baik jual dekat kedai potong!
 
Semakin tension aku melihat Mr. Macho, sikit-sikit teringat dekat Ikhwan. Aduhaiii hati, sekejap lagi dia bakal menjadi milik orang. Janganlah kau nak pergi menghancurkan rumah tangga orang pulak Jaz! Mak bapak kau tak ajar pun buang tabiat macam tu.
 
Usai sampai di Ipoh, aku masuk ke dalam rumah. Aku melihat mama sedang sibuk bersiap-siap.
 
"Mama nak pergi mana ni?"
 
"Mama nak balik Sungai Petani. Tok ayah tak berapa nak sihat lagi."
 
"Sekarang?"
 
"Kamu nak ikut ke?" tanya mama.
 
"Mana boleh, orang jadi pengapit Aina!" jawab aku. "Serius ke?" Kang sakit teruk pula, aku yang rasa serba salah pula. Takkan nak pentingkan kawan, kawan mesti faham kalau atuk aku sakit kan…
 
"Demam sikit. Tapi biasalah, mak tok mana boleh kalau tok ayah sakit… dia mulalah nak menangis lah apalah… mama nak pergi tengok kejap."
 
Aku mengangguk-angguk! Tinggal rumah seorang lagi.
 
"Maleek mana?"
 
"Dia outstation ke Lumut. Kapal masuk banyak katanya." Ujar abah.
 
"Okay, bawa elok-elok!" ujar aku sambil menghantar mereka ke pintu pagar.
 
"Tinggal rumah elok-elok. Jangan nak bawa masuk lelaki pula. Nanti kena tangkap, menyusahkan orang lagi." Bising mama.
 
Aku menepuk dahi aku!
 
"Orang nak mandi, lepas tu nak pergi kenduri tu lah. Nak pergi awal sikit!"
 
Abah hanya mengangguk-angguk.
 
Aku melambai mereka sampai hilang dari pandangan, aku melihat jam di tangan. Adehhh… dah lewat! Janji dengan Aina, pukul 11.00 pagi. Sekarang dah pukul 9.30 pagi… nak bersiap lama. Nak makeup lagi.. huh! Pengapitlah katakan…
 
Usai pukul 10.30 pagi… aku sudah bersiap. Aku melihat telefon bimbit aku, terbeliak mata aku melihat misscalled sebanyak 100 kali! Uiikkss… sabarlahh Aina wehh… Aku tak melihat nombor itu, aku agak Ainalah call tu. Siapa lagi! Malas nak call balik, nanti masalah pulak. Aina tu sungguhpun lembut, tapi kalau dapat membebel… hishhh kalah mak nenek.
 
Aku mengunci pintu rumah aku. Aku cuba menghidupkan enjin! Hishhh… awat tak boleh ni. Tak boleh nak start pula. Aku dah siap dengan baju kurung kain lace berwarna pink, dah cantik… macam aku pula nak pergi menikah. Ini semua Aina yang sponsored.
 
Tolonglahhh Mr. Macho!! Aku cuba menghidupkan enjin kereta aku lagi. Masih tak boleh! Mula lah nak pecah peluh.
 
"Jazmina!!!"
 
Tiba-tiba aku mendengar orang menjerit nama aku. Aku keluar dari kereta. Aku dengan kasut tumit tinggi aku, dengan selendang aku, tergamam! Ikhwan??
 
"Tolonglah jangan berkahwin hari ini!"
 
Ikhwan melutut pada aku. Dia merayu bersungguh-sungguh. Aku terkejut. Dia dengan pakaian baju melayunya berwarna ungu itu, buat aku sangsi. Mamat ni bukan bertunangkah hari ini? Apa dia buat dekat sini?
 
"Saya call awak banyak kali, awak tak angkat! Saya takut sangat awak dah pergi menikah, saya terus ke sini. Saya tak boleh nak menghalang cinta awak hadir dalam hidup saya, tapi saya tak boleh nak berdiam diri kalau awak hendak berkahwin dengan orang lain. Saya tahu kita berdua ada perasaan itu, mungkin awak tak tahu atau tak sedar, kejadian-kejadian sebelum ini adalah tanda kita sepatutnya bersama! Tolong jangan kahwin!! Tolong jangan kahwin dengan orang itu.
 
Kahwin dengan saya, saya cintakan awak sangat-sangat! Dari mula kita jumpa sampai sekarang, cinta saya tak pernah luak sedikit pun." Ikhwan memegang tangan aku.
 
Aku terpaku mendengar ketulusan kata-kata itu! Aku mimpikah ini?? Dia rupanya yang telefon aku! Aku ingatkan Aina.
 
"Erkk… bukan suppose awak bertunang ke hari ini Ikhwan?" tanya aku. Aku masih terkejut… bila masa pula aku nak berkahwin ni?
 
"Hah??! Hari ini adik saya Ikhimah yang nak bertunang, bukan saya! Saya terpaksa lari ke sini, nasib baik saya sempat ke sini. Pelik, mana khemah kendurinya?"
 
Aku ketawa. Aku ketawa sampai mengalir air mata. Rupa-rupanya aku salah faham! Aduhaiii.. punyalah lama aku menjeruk hati aku, rupanya missunderstanding! Bodoh betul Jazmina! Aku menepuk dahi!
 
Dia pula tergamam melihat aku ketawa. Aku menyuruh dia bangun. Tak perlu nak buat drama Romeo dan Juliet dekat sini pula! Buat malu orang kampung saja…
 
"Saya nak pergi kenduri kawan baik saya. Bila masa pula saya nak kahwin? Kereta saya tu rosak pula! Tak boleh nak start!"
 
"Jadi, bukan awak yang kahwin?"
 
"Tak!"
 
"Yesss!! Yess…. Yahoooo!!" Dia meloncat-loncat.
 
Aku ketawa. Hilang sudah machonya mamat Ikhwan yang aku kenal ini!
 
"Jadi awak nak kahwin dengan saya?" tanya dia.
 
"Hemmm…."
 
"Kahwin lah! Kahwinlaaa…"
 
"Memang menjadi angan-angan saya untuk berkahwin dengan pemilik SLK-Class berwarna hitam ini, tapi kalau orang itu bukan awak… saya tak mahu juga!" ujar aku sambil tersenyum. Malu!! Malu gila…
 
"Hishh… kalau boleh saya nak peluk awak sekarang ni untuk menyatakan betapa gembiranya saya hari ini!"
 
"Tak peluk pun, saya tahu!"
 
Ikhwan tersenyum… "Am I blushing right now?"
 
Aku ketawa… Ikhwan… Ikhwan! "Bukan blushing lagi dah ni…"
 
 
 
 
 

 
Bersambung...........   ..
Rokiah Mad Dom , Khamis, Januari 23, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog