Tiba-tiba… baru keluar pintu pagar UTP… tak sampai 10 minit perjalanan… kereta aku tiba-tiba berhenti. Hishhh… takkan nak tersadai dekat sini pulak? Melampau betul SLK850 ni! Berhenti ikut suka hati mak bapak tiri dia saja! Aku cuba menelefon abah tapi tak berangkat. Aku mesej dia saja. Mungkin agaknya sudah tidur. Macam mana nak dapat teksi, nak balik rumah ni?? Matilah aku… kalau jubah putih lalu, takkan nak minta tolong? Aku yang mati melopong karang!
Tiba-tiba… SLK-Class hitam itu berhenti di hadapan aku..
Dia keluar. Aikk… mamat ni lagi.
"Rosak ke?"
"Tak adalah… makan angin!"
Lelaki itu serius. Gelak pun tidak. Dia mahu kembali ke keretanya. Aku menarik tangannya.
"Ehh… nak pergi mana?"
"Nak ambil torchlight. Nak tengok apa yang rosak."
"Ohhh…"
Aku terus melepaskan pegangan aku ke atas lengannya. Termalu pulak. Dia masih tidak senyum. Serius betul! Dia kembali dengan lampu suluh besar.
"Apa rosak?"
"Manalah saya tahu. Saya kan drebar saja."
"Ehh… takkan drebar tak tahu mana rosak. Selalu drebar yang tahu, patut tahu!"
"Habis, tuan kereta tahu naik saja ke? Tak tahu apa yang rosak??"
Toing!! Terkena terus batang hidung aku. Takkan aku nak cakap ayat-ayat keramat kot… Malu gila nanti!
"Saya tahu awak nak cakap apa."
"Apa dia?"
"Saya perempuan… saya mana tahu!" Lelaki itu berbuat suara seperti seorang perempuan, kemudian dia tergelak besar.
That's it!! Kata-kata keramat dah keluar. Hampehh.. siapa psiko siapa ni?
"Sekarang ni tahu repair ke tak tahu?"
"Tak!"
"Kalau tak tahu, baliklah. Saya nak jalan kaki pi panggil pak guard."
"Pak guard UTP tu? Its 10 minutes from there, dear… awak berani ke?"
"Tak berani ke berani ke… nak buat macam mana?!"
Aku mengambil beg sandang aku. Aku menutup pintu kereta dan mahu berlalu.
"Ehhh… kejap! Apa kata saya hantar awak balik rumah, lepas tu besoknya kita panggil Ah Bok!"
Aku terdiam sekejap. "Nak tinggalkan Mr. Macho saya ni?"
"Mr. Macho?? Erkk… Kenalah tinggalkan. Macam mana nak bawa balik? Takkan nak usung pulak!" ujar lelaki itu.
"Tak apalah. Saya duduk dalam kereta sampai pagi."
"Hah??!"
"Saya tak boleh nak berpisah dengan kereta saya ni. Sejuk dia duk luar sorang-sorang!"
Lelaki itu tergelak.
"Awak ni gila ke?" tanya dia.
"Gila ke tak gila ke… saya dah janji! Ke mana saja mesti bersama." Ujar aku mendesak. Tak mahu aku meninggalkan Mr. Macho kesayangan aku ni di jalan sepi macam ni. Buatnya ada orang tarik, kena jual dekat kereta potong pulak kang, kes naya! Sudahlah ini sahaja harta yang aku ada. Tak boleh… tak rela… dan tak akan terpisah!
Lelaki itu menggaru kepalanya.
"Takkan saya nak tinggalkan awak dekat sini pula. Nanti awak masuk dalam surat khabar, front page, saya menyesal pulak!"
"Hahh??"
"Seorang perempuan, mati dibunuh oleh perompak kereta."
"Erkkk… awak jangan nak menakutkan saya!"
"Kalau macam tu, awak tidur dalam kereta saya. Awak tidur belakang, saya tidur depan. Kereta saya ada aircond. Hemm… plus, its original SLK, bukan tampal okay!"
"Elehhh… kereta tuan, banyak songeh pulak!" ujar aku seakan berbisik.
Aku terima sahaja tawarannya. Lagipun aku dah tersangat mengantuk. Sebelum aku masuk, aku bertanya kepadanya…
"Kat sini tak ada JAIP kan??"
"JAIP?? Tangkap basah?"
Aku mengangguk-angguk.
"Hishhh… JAIP tak siorrr nak mari sini kerja lah! Ini tepi jalan, bukan buat apa-apa pun."
Aku mengangguk-angguk, kata-katanya logik juga.
Tukkk… tukkk…
Hishhh kacau betul lah! Aku melihat badan aku dibalut dengan kain pelekat warna biru. Erkk… sapa punya kain pulak ni? Aku segera membuka pintu, mata aku terpisat-pisat, baru bangun! Baru terjaga…
"Cik, kami dari JAIP. Kereta cik ini nampak mencurigakan!"
"Hahh??!! JAIP!"
Aku segera membuka pintu hadapan, pintu pemandu.
"Ehhh awak bangun! Kita kena tangkap lah…"
"Tangkapp??"
"Tangkap basah!"
"Hahh??"
Glupppp!! Aku menelan air liur… tetapi yang pasti tekak aku sudah kering! Matilahhh…
Aku duduk berteleku, macam orang bersalah dekat balai polis. Walhal, aku tumpang tidur saja, bukan aku buat apa pun.
"Saya tak salah dan tak akan mengaku salah. Kereta saya tu rosak, saya tumpang tidur kereta dia."
"Betul!"
"Nama dia pun saya tak tahulah encik polis." Ujar aku.
"Nama dia tak tahu, awak boleh berani tumpang kereta dia pula."
Aku terdiam. "Memanglah saya tak kenal dia, tapi kita orang selalu jumpa!" ujar aku.
"Betul!!"
Mamat ni dari tadi duk betul.. betul, kepala tak betul ke apa?!
"Awak ni kejap kata tak kenal, lepas tu selalu jumpa, macam mana ni? Kalau dah buat salah, berdua-duaan dalam keadaan gelap, mengaku sajalah. Senang sikit nak buat report, kamu sama ada kena denda atau kena kahwin. Apa susahnya!"
"Hah kahwin??"
"Saya tak ada masalah untuk kedua-duanya." Ujar lelaki itu.
"Erkkk… ini semua awak punya pasal!" Aku memukul lengan lelaki itu. Aku dah nak gila tahap meroyan dah ni, dia boleh buat releks pula. Sekali aku lesing…
"Hishhh… anak bertuah! Aku suruh datang kerja, dia buat hal lain pula." Jerit mama tiba-tiba. Tak pasal-pasal aku pula yang kena lesing.
Lelaki itu menarik aku ke belakang.
"Sabar makcik… sabar!"
Aku menyorok ke belakang. Sakit kepala aku dihenyuk tadi. Habis tudung aku senget benget jadinya.
"Orang tak ada apa-apalah. Kereta rosak! Dia datang tolong."
"Kalau macam tu kenapa boleh tangkap basah pula?"
"Dia tak nak tinggalkan kereta dia, takut kereta dia kena culik!" ujar lelaki itu.
"Hah… betul!" aku pula mengaku betul.
"Betul!! Jazmina dah mesej saya. Tengok mesej ni. Hishh… percaya lah sikit anak sendiri! Nak main tuduh saja." Ujar abah.
"Betulll!!" sokong aku.
Aikkk.. aku pula dah sampuk dengan mamat betul nih! Abah terus ke kaunter polis itu dan bercerita tentang sesuatu. Pegawai JAIP pun turut serta. Dah memang aku tak bersalah, aku takkan mengaku bersalah!
"Ikhwan!"
"Puan…" Dia terus menyalami perempuan tua itu, lagak seperti datin. Malam-malam buta macam ni sempat juga pakai makeup!
"Apa dah jadi?"
Ikhwan terus menceritakan apa yang berlaku.
"Maaf semuanya. Ini ada salah faham ni." Ujar perempuan itu.
"Dia kena bertanggungjawab! Saya tak mahu anak saya tiba-tiba mengandung, masalah lain pula nanti!" marah mama.
Aku sedikit menjerit! "Mengandung apa nya!! Apa mama ni…"
"Saya Datin Hafsah. Ini anak saya, Ikhwan Harraz. Saya mohon maaflah atas semua ini yang berlaku atas salah faham ni. Saya yakin anak puan dan anak saya tak berbuat apa-apa." Ujar Datin Hafsah.
Gluppp!! Anak dia kah? Hehh… aku ingat dia drebar! Adehh malu beb!
"Saya tak buat apa-apa dekat anak makcik. Anak makcik ni garang macam singa, singa pun takkan berani nak dekat. Tapi kalau makcik nak suruh saya bertanggungjawab, saya tak kisah. Hari ini pun boleh kahwin." Ujar Ikhwan selamba.
"Hahh???! Gila!!" Jangan nak buat pasal!
"Ikhwan…" tegur Datin Hafsah.
"Saja mengusik dia ni, puan…" Ikhwan tergelak-gelak.
Datin Hafsah hanya mengelengkan kepalanya. Aku lega! Bangang betul!
Bersambung........... ..
Isnin, Januari 06, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
PENULIS
Rokiah Mad Dom

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Cerpen : Aku & SLK850 [Episod 4/7] silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "