2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 7:55 PM

22Rabu,Januari

Bekerja syif jejaskan kesihatan

LONDON, 21 Jan. - Satu kajian mendedahkan bahawa bekerja syif boleh merosakkan hampir 1,500 daripada 24,000 gen manusia, sekali gus menjelaskan mengapa masalah itu sering dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.
 
Gangguan masa tidur akibat bekerja syif dan gangguan ritma harian (jet lag) turut dikhuatiri meningkatkan risiko orang ramai menghidap barah payu dara, penyakit jantung, kencing manis dan penyakit-penyakit lain yang mengancam nyawa manusia.
 
Penyelidik dari Universiti Surrey mendapati, gangguan kepada kitaran 24 jam secara semulajadi ke atas badan manusia boleh mengganggu ritma gen-gen manusia.
Bagi menilai kesan ke atas manusia dengan ujian gangguan ini, penyelidik menggunakan sebanyak 28 responden yang diletakkan dalam jadual kerja selama 28 jam sehari tanpa kitaran semula jadi cahaya gelap.
 
Hasil ujian itu mendapati kitaran bangun tidur responden-rsponden itu tertunda selama empat jam setiap hari sehingga mereka tidur 12 jam lagi selari dengan hari-hari biasa.
 
Sampel darah turut menunjukkan selepas eksperimen ke atas responden-responden dijalankan, mereka mengalami pengurangan enam kali ganda gen yang memaparkan 'ritma sirkadian' atau kitaran aktiviti harian yang dipantau dalam kebanyakan benda hidup dalam tempoh 24 jam.
 
Prof. Derk-Jan Dijk dari Pusat Penyelidikan Tidur Universiti Surrey berkata, mereka menemui kira-kira enam peratus daripada gen-gen itu mengalami ritma sirkadian yang bermakna aktiviti mereka seharian lebih tinggi pada satu tempoh masa tertentu berbanding dengan orang lain.
 
''Kami berpendapat, mereka yang terlibat dalam syif siang sepatutnya rasa bimbang tentang fungsi lali dan mereka yang bekerja syif malam terlibat dalam mengawal selia gen lain.
 
''Kajian ini mempunyai kesan penting kerana kami kini perlu mencari mengapa ritma-ritma ini wujud dan berfikir tentang kesan seterusnya.
 
''Sekiranya kami meletakkan sesiapa menjalani protokol-protokol ini, kami mempengaruhi proses paling asas yang boleh menjelaskan mengapa bekerja syif mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko kesihatan,'' tambah beliau. - Agensi
 
 
Unknown , Rabu, Januari 22, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog