Berlin, 20 Jan. 2014 - Perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat akan terus mengintip kerajaan asing, kata Presiden Barack Obama, dalam temu bual yang disiarkan kelmarin, walaupun memberi jaminan kepada Canselor Jerman, Angela Merkel, beliau tidak akan membiarkan keadaan itu merosakkan hubungan kedua-dua negara.
Pengakuan jujur itu dibuat sehari selepas Obama mengurangkan capaian pengintipan telefon oleh Agensi Keselamatan Negara Amerika (NSA), tetapi berkata, pengumpulan data akan diteruskan untuk melindungi Amerika daripada pengganas.
Tak intip sekutu AS
Dalam ucapan yang ditunggu-tunggu Jumaat lalu bertujuan meredakan kemarahan antarabangsa berhubung curi dengar perbualan telefon yang didedahkan oleh Edward Snowden, Obama juga berkata beliau menggantung pengintipan ke atas pemimpin dunia yang rapat dengan negara itu.
Namun Obama memberitahu saluran televisyen ZDF, pengumpulan risikan ke atas kerajaan asing akan diteruskan.
Agensi perisikan kami, seperti agensi perisikan Jerman dan semua agensi perisikan di luar sana, akan terus berminat dengan hasrat kerajaan di seluruh dunia. Itu tidak akan berubah.
Tiada guna memiliki perkhidmatan perisikan jika terhad kepada perkara yang anda boleh baca dalam New York Times atau Der Spiegel. Kebenaran mengenai perkara ini adalah dengan definisi tugas perisikan untuk mengetahui: Apa yang difikirkan orang lain? Apa yang mereka lakukan? katanya.
Bagaimanapun, Obama berkata beliau tidak akan membenarkan perkara itu menjejaskan hubungan rakan dan kepercayaan dengan Merkel.
Saya tidak perlu dan tidak mahu menjejaskan hubungan dengan mekanisme pengintipan yang entah bagaimana menghalang komunikasi dan kepercayaan antara kami.
Jerman tak perlu bimbang
Jadi apa yang saya boleh katakan adalah: selagi saya Presiden Amerika Syarikat, Canselor Jerman tidak perlu bimbang mengenainya, kata Obama.
Obama, Jumaat lalu berjanji NSA tidak akan selalu mengintip pemimpin sekutu rapat Amerika, berikutan kemarahan global berhubung pendedahan pengintipan perbualan di telefon besar-besaran.
Jerman marah apabila mengetahui NSA melancarkan pengintipan di seluruh dunia, termasuk mendengar perbualan telefon bimbit Merkel.
Dakwaan NSA itu menimbulkan kemarahan di Jerman berikutan sensitiviti berhubung pengintipan ke atas rakyatnya oleh polis rahsia Stasi di bekas rejim komunis Jerman Timur. - AFP
Isnin, Januari 20, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang AS terus intip negara asing silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "