2+4 hrs...Twogether Fourever

/

50 peratus tak makan ubat

Kuala Lumpur, 20 Jan. 2014 - Amat membimbangkan apabila dianggarkan hampir 50 peratus pesakit tekanan darah tinggi di negara ini tidak mengambil ubat-ubatan atas nasihat doktor kerana mempercayai mitos pengambilan ubat-ubatan pada jangka masa panjang menyebabkan komplikasi penyakit lain.
 
Pengerusi Kumpulan Kerja Garis Panduan mengenai Hipertensi Malaysia, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, disebabkan lebih mempercayai mitos itu antara penyebab semakin ramai pesakit tekanan darah tinggi di negara ini.
Beliau berkata, pesakit yang didiagnos mengalami hipertensi, perlu mendapatkan rawatan dan pengubatan sewajarnya daripada doktor, bukan bergantung pada ubat tradisional dan mitos.
 
"Mereka lebih rela makan buah-buahan dan air herba tertentu daripada makan ubat kerana takut kena sakit buah pinggang dan telinga, itu semua mitos saja.
 
"Sesetengah pesakit muda enggan menggunakan ubat yang diberi hospital kerana berpendapat ia 'beracun' dan mempunyai banyak kesan sampingan. Tapi, mereka tidak sedar bahawa mereka akan mengalami kesan lebih teruk jika mereka tidak menggunakannya," katanya pada Mesyuarat Saintifik Tahunan Ke-11 Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH) 2014 di sini, semalam.
 
Forum yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu turut menyaksikan pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) edisi keempat mengenai Hipertensi Malaysia.
 
Garis panduan itu bertujuan membantu orang ramai dan pakar perubatan kerajaan dan swasta serta penyedia penjagaan kesihatan dalam mengurus hipertensi dan mencapai matlamat bersama untuk menambah baik kualiti penjagaan serta rawatan penyakit berkenaan.
 
Sebagai bahan rujukan yang penting dalam amalan klinikal, garis panduan berkenaan dibuat serta ditambah baik berdasarkan fakta dan bukti yang terkini ke arah pengurusan hipertensi yang efektif. - Harian Metro
Unknown , Isnin, Januari 20, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog