Dengan telefon iPhone, Blackberry & Android yang semakin murah, dirancakkan lagi dengan 'data-plan' yang mampu milik dari Maxis, Celcom, DiGi dan U-Mobile, semakin ramai pasangan suami isteri yang terlibat dalam kancah skandal. Apa yang lebih memalukan, ia membawa kepada kadar perceraian yang semakin tinggi di Malaysia. Hanya klik 'download' dari Google Play, Blackberry App World atau App Store, semuanya dihujung jari. Samada mahu atau tidak sahaja untuk berlaku curang di belakang pasangan masing-masing.
Mari kita lihat, apakah aplikasi chat yang selalu membuat samada suami atau isteri rasa 'terbuai-buai' bila mula berbicara dengan insan lain, yang bukan pasangan sendiri.
1. WeChat
Tidak perlu diperkatakan lagi kepopularan WeChat dalam berskandal. Cari sahaja di Google, kebanyakan wanita meluahkan perasaan mereka tentang suami yang menghubungi perempuan lain melalui WeChat.
Malahan, ada juga isteri yang mula melayan lelaki lain. Fungsi-fungsi yang boleh membawa kepada kemudaratan ialah "Look Around", dimana seseorang boleh mencari sesiapa sahaja pengguna WeChat yang berdekatan.
Andaikan bila seseorang suami atau isteri itu berseorangan, "Look Around" di WeChat membolehkan mereka berjumpa orang lain yang mungkin hanya berada di meja sebelah. Hebat bukan teknologi zaman sekarang? Hebat dalalam merosakkan dan meruntuhkan rumahtangga jika tidak digunakan dengan betul.
Fungsi "Shake" juga dapat mempertemukan seseorang lain yang 'menggoncang' telefon bimbit mereka. Ini bermakna, orang yang "Shake" telefon bimbit ialah orang yang kebosanan. Oleh itu, orang bosan bila bertemu orang bosan yang satu lagi, macam-macam boleh terjadi.
WhatsApp menjadi penjalin hubungan lelaki dan perempuan
2. WhatsApp
Pada awalnya, Whatsapp dikatakan jadi penghubung antara teman-teman lama. Fungsi "Group Chat" ini akan mengumpulkan kawan-kawan dalam satu kumpulan yang sama, maksimum 50 orang. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menambah kenalan semasa di sekolah atau universiti. Maka, dari sinilah bermula permasalahan sebenar.
Andaikan kita meminati seseorang itu dari sekolah, tetapi tidak pernah meluahkannya, maka WhatsApp menjadi jambatan perhubungan mereka berdua. Susah untuk mengatakan samada ia benar-benar berlaku secara 'perhubungan fizikal' atau 'perhubungan maya' semata-mata.
Line tidak sepopular WeChat dan WhatsApp
3. Line
Mungkin tidak sepopular WeChat dan WhatsApp, namun Line semakin mengambil tempat di hati pengguna di Malaysia. Berasal dari Jepun, semakin hari semakin ramai menggunakan Line sebagai alternatif.
Fungsi terbaik Line ialah kecomelan 'emoticon' yang sedia ada. Jika seorang suami yang tampak garang, menghantar satu 'emoticon' senyum pada seorang pelajar universiti, pasti pelajar wanita itu cair. Terlalu 'cute' dan comel untuk diabaikan.
Perbezaan
Kesemua 'mobile app' yang berasaskan 'chat' ini adalah sama. Aplikasi ini tidak salah. Orang yang tidak tahu menggunakannya secara beretika itu yang salah.
Kami tidak mahu dituduh mana-mana pihak yang mungkin mengatakan sengaja mahu jadi batu-api dalam perkara sebegini. Kami berharap anda semua dapat ambil iktibar. Mulakan 'audit' telefon bimbit pasangan masing-masing jika perlu.
Elakkan perceraian. Sayangi keluarga dan anak-anak.
Rabu, Januari 22, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 3 ‘Mobile App’ Yang Menjadi Perosak & Punca Perceraian Di Malaysia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "