Shanghai, 21 Jan. 2014 - Dua maut akibat jenis virus H7N9 selesema burung di hab komersial China, termasuk seorang doktor perubatan, kata kerajaan tempatan semalam, kematian pertama di bandar raya itu akibat virus berkenaan tahun ini.
Mangsa termasuk pakar bedah berusia 31 tahun yang bekerja di Hospital Rakyat Pudong di Shanghai, kata pesuruhjaya kesihatan bandar raya dan hospital, tetapi tidak memberikan butiran lanjut bagaimana beliau dijangkiti.
Media tempatan berkata, doktor berkenaan bekerja di unit kecemasan dan datang bertugas walaupun mengalami demam selama seminggu. Beliau meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil, lapor akhbar Shanghai Daily.
Seorang lagi mangsa ialah petani lelaki warga emas berusia 77 tahun, kata Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Shanghai.
Shanghai melaporkan tujuh kes selesema burung setakat ini, katanya.
Penularan H7N9 di kalangan manusia bermula di China pada Februari 2013 dan mencetuskan kebimbangan virus selesema burung boleh berubah menjadi mudah berpindah antara manusia, berpotensi menimbulkan wabak besar.
Kes meningkat
Kes dan kematian menurun mendadak selepas Jun, tetapi mula meningkat dengan bermulanya musim sejuk.
Tahun lalu keseluruhannya, China melaporkan 144 kes, termasuk 46 kematian akibat selesema burung jenis H7N9, menurut Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan China.
Setakat tahun ini, enam kematian dilaporkan di China. Dua lagi maut akibat virus itu di Hong Kong sejak lewat Disember. - AFP
Selasa, Januari 21, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 2 maut selesema burung di hab komersial China silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "