Ramai di kalangan pengguna di Malaysia mula menggunakan Samsung Galaxy Note 3 yang kini semakin popular namun ada yang masih tidak tahu tentang beberapa fungsi atau keupayaan yang 'underdog' dalam telefon ini.
1. Gunakan Note Hanya dengan Satu Tangan
Apabila anda memegang skrin 5.7 inci, pastinya sukar untuk menggunakan telefon dengan hanya menggunakan satu tangan melainkan tangan anda tangan seorang yang gergasi. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan pergi ke Settings > Controls dan lihat menu One-handed. Tukarkan ke operasi satu tangan bagi memastikan anda boleh menaip dengan selesa.
2. Menutup tetingkap S Pen yang keluar
Apabila anda mengeluarkan S Pen, akan keluar tetingkap aplikasi S Pen dengan pelbagai pilihan menu yang menjengkelkan. Bagi mengelakkan ia berlaku lagi, sila ke Settings > Controls > S Pen, dan pilih Pen sebelum menekan "none".
3. Sentuh skrin walaupun dengan memakai sarung tangan
Skrin sentuh kapasitif seperti dalam Note 3 tidak membolehkan pengguna menyentuhnya secara langsung sekiranya anda memakai sarung tangan atau tangan dalam keadaan basah. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan Settings > Controls dan cari di ruangan bawah dengan pilihan 'Increase touch sensitivity".
4. Menggunakan lebih dari satu aplikasi pada masa yang sama
Skrin Note sangat sesuai untuk berbilang tugas yang bermakna anda boleh mengoperasikan dua aplikasi pada masa yang sama. Apa yang perlu dilakukan ialah pergi ke Settings > Device, kemudian aktifkan Multi window. Anda akan perasan tab pertama akan keluar di bahagian kiri skrin. Sentuh apps terbabit dan anda akan lihat aplikasi yang menyokong fungsi ini.
5. Elakkan kehilangan S Pen
Memandangkan S Pen sememangnya penting dalam Note ditambah pula ia betul-betul mahal jika anda terpaksa membelinya secara berasingan, elakkan ia hilang atau tertinggal setelah anda gunakannya dengan Settings > Controls > S Pen, dan pilih "S Pen Keeper". Ia akan membolehkan Note 3 anda berbunyi jika S Pen tidak dimasukkan kembali ke tempatnya.
6. Senyapkan telefon dengan tapak tangan
Telefon berbunyi secara tiba-tiba dalam mesyuarat? Bagaimana untuk menutup audio dengan hanya tapak tangan anda menyentuh skrin? Sila ke Settings > Controls > Palm motion. Selepas ini, jika telefon anda berbunyi ketika waktu yang tidak sesuai. Sentuh skrin dengan tapak tangan dan ia akan berhenti serta- merta.
7. Membuka dua aplikasi serentak
Seperti mana yang ditekankan dalam 'point' nombor 4 tadi, anda mampu membuka dua aplikasi serentak tetapi ia akan hilang selepas kedua-duanya ditutup. Bagaimana untuk membukanya kembali dan dua aplikasi sama keluar pada tetingkap sama? Ulang cara nombor dan anda akan lihat terdapat anak panah di bahagian bawah, sentuhnya dan menu dengan dua skrin akan keluar. Sentuh lagi untuk cipta fungsi 'pair'. Selepas itu, setiap kali anda membukanya, dua aplikasi akan terbuka serentak.
8. Bebas tangan
Memandu dan menggunakan telefon? Bahaya tu! Bagaimana untuk menjadikan Note 3 anda benar-benar bebas tangan namun masih boleh menerima panggilan dan membaca teks? Sila ke Settings > Controls > Hands-free. Telefon anda juga boleh membacakan nama si pemanggil yang menghantar teks kepada anda. Atau anda boleh menjawab panggilan dengan hanya melambai ke telefon anda.
9. Menukar saiz teks dan font
Apabila telefon anda terlalu besar, ada kemungkinan saiz teksnya juga terlalu besar. Untuk menukarnya, sila ke Settings > Device > Font. Fungsi ini juga membolehkan anda menukar jenis font yang ada.
10. Note 3 sebagai alat kawalan telefon.
Kebanyakan produk Samsung mempunyai fungsi IR termasuk Note yang boleh menjadi alat kawalan jauh. Apa yang perlu dilakukan hanyalah buka aplikasi WatchON.
* Sumber
Rabu, Januari 29, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 10 Fungsi Samsung Galaxy Note 3 yang Anda Mungkin Masih Tak Tahu silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "