Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 5:36 PM

9Isnin,Disember

Sisa tinggalan Tembok Berlin jadi bahan pameran di seluruh dunia

SELEPAS Tembok Berlin dirobohkan bermula tahun 1990 hingga 1992, hanya sebahagian kecil struktur pemisah antara Jerman Timur dengan Jerman Barat itu kekal berada di lokasi asalnya.
 
Apa yang tinggal kini hanyalah bahagian tembok sepanjang 1.3 kilometer di East Side Gallery, di Muhlenstrasse yang menjadi simbol kebebasan antarabangsa.
Tembok konkrit sepanjang 156.4 kilometer yang tersergam sejak tahun 1961 sehingga 1989 itu, dibina oleh pemimpin Jerman Timur bertujuan bagi menghentikan penghijrahan besar-besaran tenaga kerja muda ke Jerman Barat.
 
Berdasarkan buku Berlin Wall Story nukilan Hans-Hermann Hertle, selepas berlakunya penggabungan di antara dua bahagian Jerman pada 3 Oktober 1990, arahan merobohkan tembok berkenaan dikeluarkan.
 
Sebanyak 65 buah kren, 175 buah lori dan 13 buah jentolak dikerah bagi memecahkan tembok itu yang berada di dalam bandar pada tahun 1990 dan di bahagian luar bandar pada tahun 1992.
 
Lebih daripada 40,000 bahagian tembok itu dipecahkan untuk dijadikan bahan binaan jalan raya, namun terdapat juga beberapa bahagian yang tidak dirobohkan oleh pihak berkuasa.
 
Ada di antara sisa runtuhan tembok itu dilelong sebagai bahan seni dan tidak kurang juga didermakan kepada muzium atau beberapa institusi di seluruh dunia seperti yang terdapat di Muzium Perang Imperial di London dan Perpustakaan Presiden Ronald Reagan di California.
 
Namun, pernahkah anda terfikir ke manakah sebahagian lagi sisa runtuhan tembok itu dibawa? Pasti ramai tidak menyangka ada di antara bahagian tembok tersebut kini dijadikan dinding sebuah tandas lelaki di Main Street Station Casino di Las Vegas.
Struktur tiga meter lebar dan 1.8 meter tinggi itu kini, menempatkan tiga tempat pembuangan air kecil dengan dindingnya dilindungi dengan kaca.
 
Selain itu, kira-kira 20 bahagian sisa runtuhan Tembok Berlin turut dijadikan sebagai bahan perhiasan sebuah syarikat penyiaran Argentina iaitu Perfil Group di Buenos Aires.
 
Syarikat berkenaan dalam laman webnya menyatakan, pihaknya menyimpan artifak bersejarah itu kerana signifikannya kepada kebebasan.
 
Sisa runtuhan berkenaan turut terdapat di hadapan Bangunan Variety di Wilshire Boulevard di Los Angeles.
 
Sepuluh bahagian runtuhan tembok yang disusun di kawasan lapang di situ juga, merupakan struktur terpanjang Tembok Berlin yang berada di Amerika Syarikat.
 
Muzium Wende sebuah institut penyelidikan dan pendidikan yang memelihara artifak dan bahan sejarah Perang Dingin, membawa sisa-sisa runtuhan itu ke Wilshire Boulevard pada tahun 2009 dengan bantuan daripada kerajaan Jerman dan pihak berkuasa Los Angeles sebagai sebahagian daripada 'Projek Wall'.
 
Selain itu, dua bahagian sisa runtuhan Tembok Berlin turut dijadikan daya tarikan oleh Hotel Anatole di Dallas yang memiliki 1,606 bilik.
 
Hotel Anatole turut mempamerkan koleksi seni di semua 27 tingkat bangunannya.
 
Sisa tinggalan tembok tersebut diberikan kepada hotel itu pada tahun 1990 oleh seorang rakan kongsi hotel berkenaan.
 
Sebahagian runtuhan tembok itu juga boleh dilihat berhampiran Sungai Cheonggyecheon di Seoul sejak ia dibawa pada 2005.
 
Menurut Korea Times, struktur 3.5 meter tinggi dan tiga meter lebar itu mempunyai grafiti di sebelah bahagian sementara kosong di bahagian belakangnya.
 
Taman Tema Parque Europa di Madrid, Sepanyol yang memaparkan kebanyakan monumen terkenal Eropah, turut mempamerkan satu bahagian Tembok Berlin yang menjadi sebahagian daripada daya tarikannya.
 
Selain lokasi-lokasi dinyatakan, sisa tinggalan Tembok Berlin juga boleh dilihat di kampung Schengen, tenggara Luxembourg; Vatican Gardens, Vatican City; Madison Avenue, New York City; dan Western Station, Brown Line, Chicago. – Agensi
 
 
Muhammad Ttuyup , Isnin, Disember 09, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog