MELAKA, 26 Dis. 2013 - Purata 16 kes orang hilang terutama yang melibatkan kanak-kanak dan remaja wanita dilapor di negara ini setiap hari tahun lepas.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebanyak 5,721 kes orang hilang dilapor tahun lepas dengan 3,127 orang atau 54.7 peratus kes dijumpai semula.
Beliau berkata statistik antara Januari hingga 23 Dis tahun ini turut menunjukkan tahap membimbangkan dengan 4,998 orang yang dilapor hilang, hanya 2,382 orang atau 48 peratus berjaya ditemui.
"Daripada jumlah kes orang hilang yang dilaporkan tahun ini, seramai 2,237 orang atau 45 peratus terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah," katanya kepada media selepas menutup seminar kes orang hilang peringkat negeri Melaka di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye.
Lee berkata terdapat beberapa faktor berlaku kes orang hilang termasuk diculik dan bunuh.
Terdapat juga kes orang hilang terutama di kalangan remaja yang melarikan dari rumah akibat tekanan, masalah dalaman keluarga atau mengikut teman lelaki, katanya.
"Saya sarankan ibu bapa perlu memperkukuhkan institusi kekeluargaan bagi memastikan lebih banyak perhatian diberikan pada pembangunan dan perkembangan hal ehwal keluarga mereka," katanya.
Beliau berkata sekiranya institusi kekeluargaan rapuh, ia akan menyebabkan anak-anak mengalami tekanan sehingga mereka melarikan diri mengikut teman lelaki dan mungkin terjerumus dengan gejala sosial atau jenayah seperti dilacurkan.
Sementara itu Chuah berkata Melaka mencatat peningkatan orang hilang sebanyak 20 kes kepada 176 kes antara Jan hingga hari ini, berbanding 156 kes tahun lepas.
Beliau berkata kebanyakan kes melibatkan remaja yang bertindak melarikan diri dari rumah. - Bernama
Khamis, Disember 26, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Purata 16 Kes Orang Hilang Dilapor Setiap Hari Tahun Lepas - MCPF silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "