Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 2:36 AM

9Isnin,Disember

Persepsi negatif bantut usaha pulih penagih

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2013 - Mereka yang menjalani rawatan mengguna methadone bagi mengatasi ketagihan dadah lazimnya disisihkan oleh masyarakat yang beranggapan methadone itu sendiri adalah sejenis dadah. 
  
Senario ini tidak sepatutnya berlaku kerana tanpa sokongan dan galakan mereka di sekeliling, mereka yang menjalani pemulihan menggunakan methadone berdepan dengan kemungkinan kembali kepada ketagihan.
  
Inilah realitinya, kata pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari.
  
Beliau berkata, pengetahuan masyarakat mengenai kaedah-kaedah menangani penagihan dan keberkesanannya masih lagi rendah, termasuk pengambilan methadone sebagai terapi gantian dadah jenis opioid.
 
KURANGNYA KEFAHAMAN AKAN RAWATAN BAGI PENAGIH
"Ramai bekas penagih mengadu mereka sukar untuk diterima bekerja walaupun ketagihan berjaya diatasi melalui pengambilan methadone.
  
"Banyak yang salah faham mengenai methadone, ada yang kata ia macam heroin dan pelbagai lagi persepsi negatif yang timbul hingga mereka takut menerima penagih yang mengikuti rawatan methadone," katanya kepada Bernama.
  
Mereka yang menjalani rawatan methadone terutama penagihan yang belum sampai ke peringkat tegar, boleh berfungsi dalam masyarakat termasuk bekerja dan berkeluarga.
  
Namun mereka memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk meningkatkan keyakinan dan memotivasi diri.
  
"Tidak ada bezanya antara mereka dengan penyakit kronik dan penagih dadah, kerana masing-masing memerlukan rawatan sepanjang hayat.
  
Jika penghidap diabetis kena ambil ubat sepanjang hayat untuk elak buah pinggang rosak, kaki bengkak kena potong dan sebagainya, penagih dadah pula perlu ambil methadone untuk mengatasi ketagihan dadah," kata Dr Muhamad Muhsin.
MENCARI KAEDAH PEMULIHAN DAN RAWATAN TERBAIK 
Mencari kaedah terbaik bagi merawat penagihan dadah menjadi cabaran bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain di seluruh dunia.
  
Kajian yang dilakukan terutama di luar negara mendapati pemulihan dalam komuniti memberi hasil yang lebih baik kepada pengguna dadah kerana mereka melalui pemulihan secara holistik.
  
Ini akan membantu meningkatkan keyakinan diri seorang penagih yang menjalani rawatan dan merasakan mereka sebahagian daripada masyarakat.
Bersetuju dengan pendekatan itu, Dr Muhamad Muhsin berkata pemulihan dalam komuniti dilihat lebih berkesan berbanding menempatkan mereka di satu pusat pemulihan atau penjara yang terasing dan jauh daripada masyarakat.
  
Oleh itu menggunakan masjid seperti dalam program peningkatan kerohanian dalam pemulihan dadah (SEDAR) adalah contoh terbaik mendekatkan masyarakat bersama komuniti masjid dan masyarakat setempat.
  
Ia bukan sahaja membantu hubungan dua hala yang lebih baik antara penagih dadah dan masyarakat tetapi juga membantu masyarakat menerima golongan ini dengan lebih terbuka dan menghapuskan persepsi negatif yang wujud selama ini.
PENERIMAAN MASYARAKAT PENTING
Masyarakat yang perlu mengambil langkah pertama dalam mendekati penagih dadah yang menjalani rawatan kerana golongan ini biasanya kurang kemahiran dalam bersosial termasuk dalam menjalin hubungan dengan masyarakat sekeliling.
  
Kehidupan terkawal dalam pusat pemulihan menyebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran mengawal diri mereka sendiri, sebaliknya banyak bergantung kepada apa yang disediakan kepada mereka.
  
"Jika setahun dalam pusat pemulihan, bermakna setahunlah mereka tidak bercampur-gaul dengan masyarakat. Apabila keluar dari pusat pemulihan mereka tidak ada kemahiran itu dan merasa diri terpinggir dan akhirnya akan kembali kepada rakan-rakan dadah dan kehidupan yang dirasakan lebih menerima mereka," katanya.
  
BUKAN PENYELESAIAN MASALAH
Mengaitkan penagihan hanya di sudut undang-undang dan jenayah juga tidak akan menyelesaikan punca masalah, tegas Dr Muhamad.
  
Walaupun peranan undang-undang penting, namun jika ditambah dengan kaedah perubatan ia akan menghasilkan intervensi yang lebih berkesan.
  
"Kita mahu memulangkan semula penagih ke pangkuan masyarakat dalam keadaan mereka masih boleh berperanan, seperti mampu bekerja dan menyumbang sesuatu bukan sahaja kepada diri, tetapi keluarga, komuniti dan negara.
  
"Kerana itu kita dapati pengambilan methadone cukup berkesan bagi memulihkan penagihan selain ditambah dengan sokongan keluarga serta motivasi yang akan meningkatkan lagi keyakinan dan kekuatan dalaman mereka," katanya.
 
Dr Muhamad, yang juga penyelidik di Pusat Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS), sedang menyiapkan kajian keberkesanan kaedah rawatan penagihan di pusat pemulihan.
  
Keputusan awal kajian mendapati penagih bukan sahaja perlu dibantu daripada segi ubatan dan psikologi, tetapi yang lebih penting dibantu dalam kehidupan selepas mereka keluar dari pusat pemulihan atau penjara.
  
"Kebanyakan mereka tidak dibantu secara holistik apabila keluar dari pusat pemulihan. Apabila keluarga tidak dapat menerima kembali mereka, hidup mereka terbiar, tidak tahu ke mana patut ditujui dan apa yang patut dibuat. Akhirnya mereka bertemu semula kawan-kawan yang sama-sama mengambil dadah dan kembali kepada kehidupan gelap," katanya.
  
Dalam kajian itu beliau membuat perbandingan empat kaedah rawatan iaitu pesakit yang menjalani kaedah rawatan perubatan sahaja, pesakit yang menjalani kaedah rawatan psikoterapi sahaja, pesakit yang menjalani kaedah rawatan gabungan perubatan dan bantuan holistik serta pesakit yang langsung tidak menerima apa-apa rawatan.
PESAKIT PERLU TERUS DIBANTU
Gabungan rawatan perubatan dan bantuan holistik nampak lebih berkesan kepada pesakit untuk memastikan mereka kekal dan tidak mengulangi pengambilan dadah terlarang itu, katanya.
  
Dalam kajian ini, penagih yang keluar dari pusat pemulihan akan dibantu dengan penyediaan tempat tinggal, pekerjaan dan bekalan perubatan bagi meneruskan kehidupan.
  
"Hasilnya didapati kebanyakan mereka lebih berjaya. Ramai yang mampu bertahan lebih lama apabila tinggal di luar pusat pemulihan berbanding sebelumnya, yang kadang kala hanya dua atau tiga bulan sahaja sebelum kembali semula ke pusat pemulihan," katanya.
  
Jika masyarakat mengubah paradigma pemikiran bahawa penagihan adalah satu penyakit, ia akan membantu usaha menangani masalah penagihan dadah dengan lebih berkesan.
  
"Jangan pinggirkan mereka, sudah terbukti ada kaedah yang boleh membantu memulihkan mereka daripada ketagihan. Ia bukan sesuatu yang mustahil lagi, cuma apa yang diharapkan adalah sokongan daripada keluarga dan masyarakat," katanya.  - Bernama
Unknown , Isnin, Disember 09, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog