PUTRAJAYA, 30 Nov. - Sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menemui spesies baru bunga pakma atau Rafflesia di Hutan Simpan Gunung Benom, Raub, Pahang.
Kumpulan penyelidik diketuai Prof. Dr. Jumaat Adam telah melakukan kajian terhadap bunga itu sejak dua tahun lepas namun hanya disahkan sebagai penemuan spesies baru pada September lalu.
Jumaat berkata, perbezaan bunga tersebut dengan Rafflesia yang lain adalah corak pada kelopak dan tetingkap bunga berkenaan iaitu coraknya lebih rapat dan bilangan bintil putih pada kelopak lebih banyak berbanding Rafflesia Azlanii.
"Bunga ini diberikan nama Rafflesia Sharifah-Hapsahiae sempena nama Naib Canselor UKM Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang sentiasa menyokong dan memberi galakan dalam menjalankan penyelidikan ini," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam Kongres Penyelidikan dan Inovasi UKM di sini malam tadi.
Jumaat yang telah melakukan kajian terhadap bunga Rafflesia sejak tahun 1992 berkata, bunga ini adalah bunga Rafflesia yang kelima direkodkan di Semenanjung, kesembilan di Malaysia dan yang ke-32 di dunia.
Beliau berkata, kumpulannya kini menjalankan kajian di lokasi yang lain tentang bunga itu. - Bernama
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "