Melihat muslim menjadi peniaga   terututama dalam negara ini amat menggembirakan. Betapa kita ingin agar kekuatan   ekonomi umat Islam ini berkembang. Sejak dahulu, saya berkempen agar muslim   membantu perniagaan muslim. Membeli dan menghulurkan sokongan agar mereka   berjaya. Ekonomi adalah satu kekuatan yang boleh menentukan perjalanan sesebuah   masyarakat. Sementara kelemahan ekonomi pula mendedahkan sesebuah masyarakat   kepada penghinaan dan percaturan pihak lain. Secara kolektif, disebabkan kita   majoriti kita memiliki 'purchasing power' yang tinggi. Lihat saja,   apabila umat Islam di negara ini ingin memboikot produk pro-zionis,   syarikat-syarikat berkaitan mula gelisah dan cuba mencari pelbagai pendekatan   menawan semula perasaan kita.
  Jika kita tolong-menolong membantu perniagaan saudara kita, kita   melaksanakan apa yang Nabi s.a.w sabda:
  "Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sifat Peniaga Muslim
  Apabila muslim berniaga, dia sepatutnya membawa   nilai-nilai mulia yang diajar oleh Islam semasa mengendalikan perniagaannya.   Peniaga yang baik dan jujur mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah pada   hari Kiamat kelak. Betapa banyaknya pengorbanan dan kesungguhan diperlukan untuk   menjadi peniaga yang jujur sehingga Nabi s.a.w bersabda:
  "Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid" (Riwayat al-TIrmizi, bertaraf 'hasan').
Hadis ini menggalakkan muslim berniaga tetapi hendaklah bersifat jujur dan   amanah. Perniagaan di samping ia sumber rezeki, ia juga boleh menjadi sumber   pahala yang membawa seseorang ke syurga dan darjat yang mulia.
  Peniaga yang jujur lagi amanah pasti tidak akan terlibat dengan   perkara-perkara yang haram, menipu, memungkiri apa yang dijanjikan, mengelirukan   pembeli, memutar belit dalam urusan dan segala sifat-sifat yang buruk dan keji.   Urusan perniagaan penuh kehormatan. Maka layaklah dia bersama dengan para nabi,   siddiqin dan syuhada. Dalam konteks seperti Malaysia, dia boleh memberikan mesej   yang baik tentang kemuliaan ajaran Islam kepada pihak lain.
  Penipuan dan Khianat
  Dalam masa yang sama, peniaga juga terdedah untuk   menjadi pendusta dan pengkhianat jika dia tidak berakhlak. Menipu apa yang   diberitahu kepada pembelinya dan mengkhianati mereka dalam keadaan mereka tidak   sangka.
  Dalam skala besar, ahli-ahli perniagaan yang mendapat projek-projek mega   yang diwujudkan untuk kepentingan negara dan awam bukan sedikit yang menipu   dalam pelbagai cara; kos, kualiti, pengurusan dan lain-lain. Ini sehingga negara   dan rakyat terpaksa menanggung kos yang tinggi ataupun kualiti hasil kerja yang   rendah, ataupun kedua-duanya sekali. Penipuan harta awam dan kezaliman mereka   mengakibatkan rakyat terpaksa menerima hasil yang tidak sepatutnya seperti   jambatan, bangunan yang rosak dan bahaya. Dosa mereka ini terlalu besar. Tidak   boleh dipadamkan dengan sekadar menderma untuk binaan masjid dan surau. Nabi   s.a.w bersabda:
  "Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang jahat kecuali mereka yang bertaqwa, berbuat kebaikan dan benar" (Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dll. Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Ia dipersetujui oleh al-Zahabi)
Banyak contoh lain yang boleh kita sebut. Di Malaysia umpamanya, ramai   orang melayu muslim menjual pelbagai 'ubatan', makanan tambahan dan seumpamanya.   Pelbagai dakwaan yang sebahagiannya tidak terbukti benar tapi diwujudkan bagi   menarik perhatian pembeli. Bahkan ada yang menggunakan nama Allah dan RasulNYA   dalam melariskan jualan. Pelbagai firman dan sabda dikaitkan. Dusta atas dusta.   Khianat atas khianat.
  Perniagaan Makanan
  Ramai muslim yang mengusahakan perniagaan makanan   terutama kedai ataupun gerai makanan. Para pembeli hanya melihat makanan yang   sudah siap, tetapi mereka tidak nampak bagaimanakah makanan itu disediakan. Ada   pengusaha yang tidak mengambil berat soal kebersihan. Proses makanan itu   disediakan jika dilihat sendiri oleh pelanggan tentu mereka tidak sanggup makan.   Mereka tertipu dengan apa yang telah terhidang. Mereka tidak tahu mereka mungkin   telah menelan makanan yang kotor, ataupun adanya bahan yang bahaya untuk   kesihatan mereka.
  Peniaga yang seperti ini merupakan penipu dan pengkhianat yang setiap hari   perniagaannya menzalimi dan mengkhianati orang lain. Mereka terus berdosa dengan   pelanggan mereka. Malangnya, kadang-kala mereka terlupa bahawa setiap hari   mereka menambahkan dosa mereka dengan manusia lain yang itu semua akan dibawa ke   hadapan Allah nanti. Mungkin juga dibalas di dunia ini, jika Allah kehendaki.   Nabi s.a.w tidak menerima peniaga seperti ini sebagai pengikut baginda.
  Suatu ketika, Rasulullah s.a.w melintasi satu bekas makanan (untuk dijual),   lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah.   Baginda pun bersabda:
  "Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?. Dia menjawab: "Terkena hujan, wahai Rasulullah!". Baginda bersabda: "Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak?! Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku" (Riwayat Muslim).
Dosa
  Peniaga yang menipu mata pembeli dengan ucapan, tulisan   ataupun hiasan yang menawan sehingga pelanggan tertipu, akan menanggung dosa   yang besar. Lebih buruk lagi, ramai peniaga kedai makanan yang meletakkan ayat   al-Quran di dinding-dinding kedai mereka, bukan kerana ingin menghayatinya   tetapi sekadar untuk menarik perhatian pelanggan. Padahal amalan perniagaan   mereka tidak seiras dengan ajaran al-Quran. Mereka menzalimi pelanggan mereka   yang datang dan mempercayai mereka. Mereka pula menyedia makanan yang tidak   tergamak dimakan jika pelanggan mengetahui hakikatnya. Sedangkan al-Quran   menegaskan: (maksudnya)
  "dan orang-orang yang menyakiti lelaki-lelaki yang beriman dan perempuan-perempuan yang beriman tanpa kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul dosa menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata". (Surah al-Ahzab, 58)
Jual beli yang mempunyai penipuan dan kezaliman adalah haram. Wang yang   diperolehi juga adalah haram, walaupun dari segi undang-undang kelihatan macam   halal. Sabda Nabi s.a.w:
  "Muslim saudara muslim. Tidak halal seorang muslim menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan tanpa diterangkan" (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll. Al-Hakim menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).
Kita berbangga melihat muslim berniaga. Namun para peniaga muslim hendaklah   beretika dalam perniagaan mereka selaras dengan ajaran Allah dan RasulNYA.   Peniagaan satu punca pendapatan yang halal. Jika dikendalikan dengan jujur   membawa ke syurga. Jika dikendalikan dengan tipuan dan khianat membawa ke   neraka.
  * Oleh Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul   Abidin, Minda Tajdid, 20 Disember 2012
  
                        , 
Jumaat, Disember 27, 2013
                        | 
0
komentar ::
Blog Gadgets

Blog GadgetsTerima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
 The Blog 2x5 

Anda sedang membaca artikel tentang Peniaga: Antara Syurga Dan Neraka  silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!


0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "