2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Operasi risikan NSA haram: Hakim

Sekumpulan penunjuk perasaan anti NSA berpakaian umpama perisik melakukan protes di depan Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika di Washington bagi memberi amaran mengenai pengintipan terhadap kawan dan lawan oleh agensi itu. - Foto AFP
 
Washington, 17 Dis. 2013 - Hakim Amerika Syarikat memutuskan kegiatan Agensi Keselamatan Negara (NSA) mengumpul rekod perbualan telefon mencabul hak peribadi rakyat pada tahap tertentu selain melanggar Perlembagaan.
 
Arahan yang dikeluarkan Mahkamah Daerah Washington menunggu dikuatkuasakan kerana perlu menimbang rayuan.
 
Tetapi jika diterima, ia boleh menyebabkan agensi pengintipan itu dilarang mengumpul data berjuta-juta rekod panggilan peribadi.
 
Walaupun ia bukan penghakiman akhir, arahan itu tamparan kepada Rumah Putih kerana ia dianggap permulaan kepada cabaran undang-undang berlarutan terhadap NSA.
 
Bekas kontraktor risikan, Edward Snowden, merujuk keputusan itu sebagai membuktikan dia membocorkan tindakan keterlaluan pihak berkuasa dan bukan pengkhianat yang membahayakan keselamatan negara.
Ceroboh data
"Saya tidak dapat bayangkan pencerobohan lebih teruk berbanding pengumpulan sistematik dan berteknologi tinggi data peribadi penduduk," kata Hakim Richard Leon.
 
Leon berkata, pengasas Amerika, James Madison, salah seorang penulis Perlembagaan Amerika, pasti akan terkejut dengan pelanggaran hak peribadi rakyat yang dibuat kerajaan.
 
Dua plaintif, Larry Klayman dan Charles Strange, membawa kes terhadap pentadbiran Presiden Barack Obama selepas Snowden mendedahkan skala besar operasi digital NSA itu.
 
Paksa dedah maklumat
Dokumen yang diberi Snowden kepada akhbar Britain, The Guardian, mendedahkan NSA memaksa gergasi telekom Amerika, Verizon, memberikan data panggilan pelanggannya.
 
Kebocoran dokumen sulit juga menunjukkan pengendali telefon dan internet juga memberi butiran peribadi pelanggan tempatan dan asing.
 
Keputusan Leon menyekat kerajaan Amerika terus mengambil data tanpa kelulusan kehakiman, tetapi beliau juga tidak mengeluarkan injuksi segera melarangnya. - AFP
Unknown , Rabu, Disember 18, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog