'November 2013 paling panas' Gambar yang dikeluarkan Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) menunjukkan keadaan salji di Laut Artik yang mula cair berikutan pemanasan global.
Washington, 22 Dis. 2013 - November tahun ini paling panas direkodkan sejak 134 tahun lalu, dengan suhu tanah dan lautan meningkat di seluruh dunia, menurut satu laporan terbaru.
Laporan Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) mengatakan, November paling panas pernah dialami bumi sejak bukti rekod disimpan pada 1880.
Penemuan itu berdasarkan suhu purata tanah dan permukaan secara global bulan lalu, kata NOAA dalam satu kenyataan.
Afrika, Eurasia dan Amerika Selatan mengalami November lebih panas berbanding biasa bersama beberapa bahagian Barat Daya Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, kata agensi.
Amerika, Amerika Utara, sebahagian Greenland dan Australia mencatat suhu rendah pada bulan lalu, lapor Nature World News.
"Suhu purata gabungan tanah dan permukaan lautan untuk November 2013 direkod tertinggi dalam tempoh 134 tahun, pada 0.78 darjah selsius di atas paras purata abad ke-20 pada 12.9 darjah selsius," menurut laporan.
Kali ke-37 lebih tinggi
Menurut laporan itu, ini adalah November berturut-berturut kali ke-37 yang memiliki suhu lebih tinggi berbanding biasa apabila dibandingkan dengan suhu purata abad ke-20.
Malah, suhu bumi sejak 28 tahun lalu lebih panas berbanding biasa, tambah NOAA.
"Suhu global November di bawah paras purata terakhir dicatat pada November 1976.
"Kali terakhir suhu global berada di bawah purata untuk mana-mana bulan adalah Februari 1985," kata NOAA. – Agensi
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "