Penyelidik menemukan sebuah kubur lama bersama mumia dan tulisan pelik di Old Dongola, iaitu ibu negara sebuah negara purba yang maju di Lembah Nil.
KHARTOUM, 22 Dis. - Sebuah kubur lama dipercayai berusia 900 tahun yang dipenuhi dengan tulisan pelik, ditemukan di Sudan.
Sebanyak tujuh mumia turut dijumpai di dalam kubur lama itu, yang digali di bawah sebuah gereja di bandar lama Dongola, iaitu ibu negara sebuah negara purba di Lembah Nil.
Satu daripada mumia itu dipercayai merupakan pemimpin agama paling berpengaruh dalam kerajaan purba Makuria, iaitu Ketua Biskop Georgios.
Tulisan di dinding kubur yang ditulis dengan dakwat hitam dikenal pasti sebagai bahasa Mesir dan Qibti Sahidic.
Penyelidik dari Universiti Warsaw, Adam Lajtar mempercayai, tulisan purba itu berperanan melindungi mumia-mumia tersebut daripada kuasa jahat.
"Tulisan pada satu batu nisan yang ditemukan berdekatan kubur tersebut menyatakan Georgios meninggal dunia pada 1,113 selepas Masihi ketika berumur 82 tahun.
"'Penyelidik percaya Georgios merupakan antara mumia tersebut,'' katanya dalam jurnal Polish Archaeology in the Mediterranean.
Mumia-mumia tersebut ditemukan berpakaian biasa diperbuat daripada linen dan kubur itu ditutup selepas pengebumian terakhir dilakukan. – Agensi
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "