Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 10:56 PM

31Selasa,Disember

MAZA komen pengumuman 11 langkah oleh PM

Dr. MAZA berpendapat pegawai atasan sering berbelanja secara berlebihan
KUALA LUMPUR, 31 Dis. 2013 - Pengurangan perbelanjaan sektor awam disambut baik namun pelaksanaanya harus menyeluruh dan tidak membabitkan pihak tertentu sahaja.
 
Ini kerana bekas Mufti Perlis dan pensyarah pengajian Islan Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat bahawa pegawai atasan yang sering berbelanja berlebihan.
 
"Ia harus melibatkan semua peringkat. Lihat sahaja majlis yang melibatkan para menteri. Ia melibatkan kos yang luar biasa. Majlis-majlis keraian mereka memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi.
 
"Janganlah ia terpencil kepada pegawai bawahan sahaja kerana pegawai atasan yang berbelanja lebih-lebih," kata beliau.
 
Dr Asri juga berharap perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas dengan pengurangan perbelanjaan sektor awam.
 
"Janganlah pula ia menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. Sediakan kemudahan yang perlu. Jika ada mesyuarat, pastinya makanan perlu ada. Namun,elakkan apa yang tidak perlu," tambah beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.
 
Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
 
Beliau juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
 
Antara tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:
  1. Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan;
  2. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
  3. Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
 
- Astro AWANI
Muhammad Ttuyup , Selasa, Disember 31, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog