PARIS, 23 Dis. 2013 - Sepasukan doktor Perancis mencatat sejarah baru dalam bidang perubatan apabila berjaya melaksanakan pemindahan jantung tiruan ke atas seorang pesakit lelaki di sebuah hospital, di sini pada minggu lalu.
Pengarah Firma Bioperubatan Carmat, Marcello Conviti berkata, pesakit itu telah sedar dan menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan pemindahan tersebut dilakukan di Hospital Georges Pompidou pada Rabu lalu.
Conviti berkata, jantung tiruan seberat 900 gram yang tiga kali lebih berat berbanding jantung sebenar itu, mampu berdenyut untuk tempoh lima tahun.
Jelasnya, jantung itu yang dibangunkan oleh sepasukan jurutera anak syarikat aeroangkasa EADS, Airbus, mempunyai otot tiruan jantung dan sensor yang mampu menyesuaikan aliran darah mengikut pergerakan pesakit.
"Bahagian dalam jantung itu diperbuat daripada tisu lembu, bukannya bahan sintetik seperti plastik yang boleh menyebabkan darah beku.
"Saya berbangga dengan kejayaan pemindahan jantung tiruan pertama di dunia ini, walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan memandangkan ini adalah pembedahan pertama seumpamanya," kata Conviti.
Seorang daripada pakar bedah yang terlibat dalam pemindahan itu, Alain Carpentier berkata, pencapaian hebat tersebut boleh membantu pesakit jantung yang sebelum ini menunggu lama untuk mendapatkan organ berkenaan.
"Penggunaan jantung tiruan memberi peluang kepada pesakit untuk menjalani kehidupan yang normal tanpa perlu terlalu bergantung kepada bantuan perubatan.
"Jantung ini juga boleh memberi kelebihan kepada pesakit untuk bergerak lebih banyak dan meminimumkan risiko darah beku," jelasnya.
Kos pemindahan jantung itu dianggarkan berharga kira-kira 150,000 pound (RM804,145) jika dihasilkan secara meluas di seluruh dunia.
Malah syarikat Carmat mampu menghasilkan jantung tiruan yang lebih kecil untuk digunakan oleh pesakit wanita, begitu juga dengan pesakit di Asia. - Agensi
Selasa, Disember 24, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lelaki terima jantung tiruan pertama silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "