/

Kesilapan perjanjian konsesi punca kadar tol naik :: Khalid Ibrahim

Kesilapan kerajaan pusat ketika membuat perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip mengakibatkan rakyat terpaksa membayar tol lebih daripada sepatutnya.
 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kesilapan ini sepatutnya diperbetulkan kerajaan pusat sejak sekian lama supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan keadaan ini.
Khalid (gambar), bekas tokoh korporat negara berkata, perjanjian konsesi lebuh raya lebih menumpukan kepada tempoh perjanjian sehingga mengakibatkan syarikat konsesi mengaut keuntungan berganda yang melampaui kos perbelanjaan awal yang telah dikeluarkan untuk menyiapkan projek berkenaan.
"Kita dapati syarikat konsesi, apabila membentangkan kertas kerja, menyatakan peratus pertumbuhan trafik adalah lebih rendah dari apa yang berlaku sekarang.
 
"Ini bererti aliran tunai atau pendapatan hasil untuk konsesi adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan.
 
"Walau bagaimanapun pemegang konsesi masih menuntut walau mereka sudah memperoleh (keuntungan) daripada apa yang dijangkakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam sidang medianya sebagaimana dilaporkan Selangorkini.
Bagi beliau, kerajaan pusat perlu menyemak semula pulangan keuntungan yang diperoleh syarikat konsesi dan mengubah pendirian mereka kerana pada dasarnya kerajaan sudah membayar lebih dari sepatutnya.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan
 
Ini kerana, perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dan telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
 
Menurut angka yang disebarkan melalui laman sosial, kenaikan mendadak kadar tol di negara ini akan berlaku mulai tahun depan.
 
Mengikut angka yang tidak pasti kebenarannya itu, kadar tol di lebuh raya Sungai Besi Besraya akan naik dari RM1.30 ke RM2.
 
Lebuh raya NPE dari RM1.60 ke RM2, LDP dari RM1.60 ke RM2.10, Akleh dari RM1.50 ke RM2.50, Kajang SILK dari RM1 ke RM1.30.
 
Lebuh raya KL-Putrajaya (MEX) pula dari RM2.50 ke RM3.50, lebuh raya Kajang -Seremban (Lekas) dari RM1.90 ke RM2.30, lebuh raya trafik KL Barat (Sprint) dari RM1.50 ke RM2.50, Lebuhraya Pantai dari RM1.50 ke RM2.50, Damansara RM1 ke RM1.50, Kiara dari RM2 ke RM3.
 
Lebuh raya SKVE pula dari RM14.96/kilometer ke 16.46/kilometer manakala Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE) pula dari RM1.40 ke RM1.90 dan Lebuhraya Smart dari RM2 ke RM3. – The Malaysian Insider, 16 Disember 2013.
Muhammad Ttuyup , Selasa, Disember 17, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog