Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 12:10 AM

3Selasa,Disember

Kapal angkasa India masuk fasa kedua ke Marikh

Gambar bertarikh 6 November lalu yang dikeluarkan Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), menunjukkan pelancaran kapal angkasa Mangalyaan untuk misi ke planet Marikh di Pusat Angkasa Satish, Chennai, India.
 
BANGALORE, 1 Dis. - Kapal angkasa India, hari ini meninggalkan orbit Bumi untuk ke planet Marikh, sekali gus memasuki fasa kedua perjalanannya selepas dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish, Chennai di sini pada 5 November lalu.
 
Kejayaan itu mungkin menyaksikan India muncul sebagai negara Asia pertama berjaya melaksanakan misi angkasa lepas ke Marikh.
 
Setakat ini hanya Amerika Syarikat (AS), Agensi Angkasa Lepas Eropah dan Rusia telah berjaya menghantar kapal angkasa mereka ke planet Marikh, manakala Jepun dan China pernah gagal dalam misi mereka ke planet tersebut, masing-masing pada 2003 dan 2011.
 
Pengerusi Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), K. Radhakrishnan berkata, kejayaan India melancarkan kapal angkasa buat pertama kali itu, membuktikan negara ini mempunyai keupayaan dalam teknologi penerokaan angkasa lepas, walaupun hanya menggunakan kos yang rendah.
 
Katanya, pelancaran kapal angkasa yang diberi nama Mangalyaan oleh Perdana Menteri India, Manmohan Singh pada 5 November lalu itu hanya menelan belanja sebanyak 4.5 bilion rupee (RM232 juta), lebih rendah berbanding kos yang diperuntukkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) untuk ke Marikh iaitu kira-kira AS$455 juta (RM1.47 bilion).
 
Bagi tujuan kajian, Mangalyaan turut membawa kamera, sebuah spektrometer pengimejan, sensor metana dan dua instrumen saintifik lain untuk mencari tanda-tanda kehidupan di Marikh.
 
Sementara itu, AFP melaporkan Mangalyaan yang bergerak pada kelajuan 32 kilometer sesaat itu akan mengambil masa selama 10 bulan untuk sampai ke Marikh pada September tahun depan.
 
Penerokaan ke Marikh mula dijalankan oleh NASA pada 18 November lalu melalui pelancaran kapal angkasa tanpa juruterbang untuk mengkaji punca bumi kehilangan air. - AFP
 
 
Harjan Milosevic , Selasa, Disember 03, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog