AL-QA'NABI (130-221H) ataupun nama penuhnya 'Abd Allah bin Maslamah bin Qa'nab al-Harithi adalah anak murid al-Imam Malik bin Anas.
Al-Qa'nabi antara murid Malik yang terbilang. Dia mendampingi al-Imam Malik di Madinah dalam tempoh yang lama.
Dikatakan selama lebih 20 tahun. Dia salah seorang perawi al-Muwatta daripada al-Imam Malik.
Bahkan dia dianggap perawi al-Muwatta paling thiqah (dipercayai). Terkenal dengan zuhud dan warak dan doanya mustajab. Beliau digelar al-Rahib ataupun pendeta kerana kuat beribadah.
Disanjungi ahli hadis. Beliau juga salah seorang al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Namanya amat besar dalam dunia periwayatan hadis.
Al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597) dalam Kasyf al-Musykil menyebut riwayat daripada salah seorang anak al-Qa'nabi bahawa bapanya dahulu semasa di Basrah peringkat awal meminum nabiz (air perahan/tuak) dan terlibat dengan perkara yang tidak baik.Ketika dia berada di pintu rumahnya, ilmuwan hadis besar Basrah iaitu Syu'bah bin al-Hajjaj lalu bersama dengan orang ramai yang mengikutnya.Al-Qa'nabi bertanya: "Siapakah dia ini?".Mereka memberitahunya: "Itu Syu'bah".Dia berkata: "Siapa dia Syu'bah?".Mereka bertanya: "Muhaddith (ahli hadis)".Al-Qa'nabi memakai kain merah keluar di hadapan Syu'bah lalu berkata: "Bacakan kepadaku hadis".Syu'bah menjawab: "Engkau bukan kalangan ahli hadis untuk aku meriwayatkan hadis untukmu".Lalu al-Qa'nabi mengugutnya dengan pisau sambil berkata: "Samada kau riwayatkan hadis untukku ataupun aku cederakan kau".Maka Syu'bah pun berkata: "Telah menghadiskan kepadaku Mansur daripada Rib'i (bin Harash) daripada Abu Mas'ud (Al-Ansari), beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: "Jika kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu mahu".Mendengar hadis tersebut al-Qa'nabi telah mencampakkan pisaunya dan pulang ke rumahnya. Dia mencurahkan semua nabiz yang ada di rumahnya. Dia meminta ibunya jika kawannya datang izinkan mereka masuk, beri mereka makan dan beritahu apa yang dia lakukan iaitu menuang semua nabiznya agar mereka tahu dan pulang.Lalu Al-Qa'nabi pergi ke Madinah (tempat kelahirannya) dan berguru hadis dengan al-Imam Malik bin Anas. Apabila dia pulang ke Basrah semula, pada masa itu Syu'bah meninggal. Dia tidak sempat mengambil hadis dari Syu'bah melainkan sepotong hadis tadi iaitu "Jika kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu mahu".
(Ibn Jauzi, Kasyf al-Musykil min Hadith al-Sahihain 1/437. Riyadh: Dar al-Watan).
Berubah
Saya petik kisah di atas bagi menggambarkan betapa insan itu boleh berubah dengan perubahan yang sangat besar dalam hidup, dari seorang insan yang kurang baik kepada yang terbaik dan amat baik. Sehingga ALLAH SWT mengangkat namanya di persada kesolehan dan kemuliaan.
Tiada yang menghalang seseorang untuk berubah menjadi watak yang sepenuhnya berbeza dari zaman kegelapannya apabila dia mendapat cahaya petunjuk dan benar-benar memenuhi dirinya dengan cahaya itu.
Keikhlasan akan menjemput pertolongan ALLAH hadir untuk seseorang yang benar-benar ingin berubah dan terus istiqamah atas perubahan dirinya itu.
Untuk berubah kepada kebaikan kadang-kala tidak memerlukan peristiwa besar. Dalam kes al-Qa'nabi tadi, tadi satu ungkapan hadis sahaja merubah keseluruhan hidupnya. Kebaikan itu jika memang tersimpan dalam diri seseorang dengan mudahnya akan menjelma dan membuak-buak keluar apabila suis ataupun pintunya dibuka.
Kadang-kala pintu itu tertutup rapat sedangkan kebaikan ada dalamnya. Untuk menjelmakan segala kebaikan yang ada di sebalik pintu yang tebal dan kukuh hendaklah dibukakan terlebih dahulu kelopak pintu itu.
Tidak semesti dirobohkan ataupun dikopak hingga terkoyak pintu. Sebenarnya, untuk membuka pintu yang teguh memerlukan kunci yang betul. Tidak semestinya kunci kena besar. Kecil pun jika betul boleh membukanya.
Unsur kebaikan
Saya tertarik dengan kata-kata Sayyid Qutb sebelum dihukum gantung mati dalam surat kepada adik perempuannya, Aminah Qutb. Surat itu kemudian dijadikan risalah kecil yang dinamakan Afrah al-Ruh.
Semasa usia saya dua puluhan saya pernah bermimpi berbicara dengan Sayyid Qutb dalam keadaan saya sedang membaca surat tersebut. Antara yang beliau sebut dalam suratnya:
"Apabila kita mencari sudut baik dalam jiwa manusia kita akan dapati di sana kebaikan yang banyak barangkali mata tidak dapat melihatnya pada awal pandangan"
Beliau menyebut lagi:
"Sesungguhnya kejahatan itu bukanlah sesuatu yang mendalam di jiwa insani sehingga ke peringkat kita bayangkan kadang-kala. Ia hanyalah kulit keras luaran yang manusia gunakannya menghadapi kehidupan demi untuk bertahan.Apabila mereka beriman maka tersingkaplah kulit keras luaran itu, zahirlah buah manis yang menyelerakan... buah manis ini hanya tersingkap kepada sesiapa yang mampu menjadikan manusia merasa aman di sisinya... dengan keyakinan terhadap kasihnya... dengan simpati yang hakiki atas masalah, kesakitan, kesilapan dan kebodohan mereka... dengan sedikit berlapang dada pada peringkat awal menjamin untuk merealisasikan itu semua. Ia lebih pantas dari sangkaan kebanyakan orang.."
Insan tidak boleh berputus asa dengan hidupnya. Tidak boleh berputus harap terhadap masa depan yang berada di tangan Tuhan. Rahmat ALLAH itu sangat luas, Dia tidak pernah mensia-siakan sesiapa benar-benar ikhlas ingin kembali kepadaNya.
ALLAH itu bukan sahaja menerima taubat bahkan memberikan pelbagai anugerah kepada orang yang kembali kepadaNya dengan pelbagai anugerah istimewa.
Di samping Dia kadang-kala menguji keikhlasan dan kesungguhan hamba-hambaNya yang kembali kepadaNya itu, Dia juga membuka pelbagai pintu yang tidak disangka dan diduga.
Firman ALLAH: (maksudnya) "kecuali orang yang bertaubat, beriman serta mengerjakan amalan soleh, maka mereka itu, ALLAH akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan; dan ALLAH itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Surah al-Furqan: 70).
Dalam ayat ini ALLAH menyatakan bahawa ALLAH menukarkan kejahatan ataupun dosa mereka yang bertaubat menjadi kebaikan. Antara yang ditafsirkan oleh para ulama bahawa dengan taubat yang nasuha dosa-dosa kejahatan ditukar menjadi pahala di akhirat kelak.
Betapa besarnya rahmat ALLAH kepada sesiapa sahaja yang benar-benar ingin kembali kepadaNya. Dosa-dosa menjelma menjadi pahala, bayangkan rahmatNya.
Tiada yang menghalangkan insan kembali kepada Tuhan melainkan kesombongan dirinya sendirinya. Unsur kebaikan telah Tuhan letakkan dalam diri insan, kitalah yang wajar berusaha menyingkapkannya.
*Oleh Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri, 13 Disember 2013
Rabu, Disember 18, 2013
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Jika mahu insan boleh berubah... silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "